Malaysia Dateline

Dituduh terima deposit RM187,000 pelaburan tanpa lesen – Penceramah bebas didakwa

Penceramah bebas, Muzzamil Soliheen Musa, 45, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menerima deposit dengan jumlah keseluruhan RM187,000 untuk tujuan pelaburan tanpa lesen sejak 2019 hingga tahun lalu.

Kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin di Mahkamah Sesyen di Seremban, hari ini.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 137 (1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 137 (2) akta yang sama.

Mengikut empat pertuduhan yang dibacakan, Muzzamil didakwa bersetuju menerima deposit antara RM10,000 hingga RM100,000 secara berasingan daripada empat lelaki berusia 45 hingga 49 tahun sebagai suatu pelaburan tanpa lesen yang sah di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758).

Kesalahan itu dilakukan di tiga kedai makan sekitar Mantin dan Bandar Baru Nilai serta di satu alamat di Taman Seri Rambai, Labu, Nikai antara 30 Ogos 2019 hingga 7 September 2021, lapor BH.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak melebihi 10 tahun atau denda maksimum RM50 juta atau kedua-duanya.

Kes akan disebut semula pada 16 Januari depan untuk serahan dokumen.

Baca juga Daulat Tuanku, rakyat junjung titah Agong cadang kerajaan Perpaduan

Baca juga Sepandai-pandai buat pusingan U sebab nak lari daripada polis, akhirnya kena tangkap juga