Malaysia Dateline

Doktor bedah dari Kuching bengang AirAsia tukar ‘flight’ ikut suka. Akhirnya ini yang terjadi…

Seorang doktor pakar bedah dari Hospital Sri Aman II Sarawak bengang apabila syarikat penerbangan AirAsia telah bertindak menukar ‘flight’ ikut suka.

Beliau yang menggunakan akaun Facebook Aimir Ma’rof memilih AirAsia kerana hanya syarikat itu mempunyai penerbangan terus dari Kuching ke Johor Bharu.

Beliau mempunyai urusan di Johor pada pagi Sabtu dan perlu kembali ke Kuching pada hari yang sama.

“Pada awalnya jadual penerbangan elok cantik masa flight yang AirAsia atur.

“Sesuai dengan urusan perjalanan yang saya rancang. Maka, saya tempah dan bayar,” ujar beliau.

Jadual awal

Bagaimanapaun, beliau bengang apabila tidak sampai dua hari AirAsia melalui emel dan SMS telah membatalkan kemudian menukar penerbangan Kuching ke Johor Bharu pada awal pagi ke waktu malam hari yang sama.

“Jadi apalah tujuan saya pergi JB tu?? Nak tambah lawak lagi, return flight balik ke Kuching dia tak tukar. Hasilnya, anda tengok la gambar kedua tu.

“Bangang tak bangang!

“Dah apa cerita flight itinerary jadi macam tu!? Aku ni depart dari Kuching, bukan dari JB!! Main tukar ikut sedap kepala Tony je.

Doktor bedah dari Kuching bengang AirAsia tukar 'flight' ikut suka. Akhirnya ini yang terjadi...
Jadual baru selepas ditukar AirAsia

“Lepas tu kita pula yang kena susah payah chat dengan robot AVA dia untuk tukar flight atau minta credit refund.

“Operational reasons” tengkorak hang! Terus terang je la cakap kau nak maximize untung, sumbat semua penumpang dalam satu flight.

“This is false advertising and seriously misleading! If you cannot deliver the flight as advertised, then why sell it in the first place?? You are messing with other people’s life and hard-earned money, you moron!” ujar beliau.

Notis pembatalan

“Ini bukannya kali pertama saya kena dengan AirAsia dan saya yakin, dah berapa ramai manusia yang teraniaya.

“Kerajaan Malaysia dan kementerian yang berkenaan, tolonglah buat sesuatu dengan semua syarikat penerbangan yang ada, terutamanya AirAsia.

“Sebab AirAsia memang BANGANG!”luah Aimir.

Awal Mei lalu pun orang ramai mengadu tentang perkhidmatan penerbangan yang sering membuat perubahan jadual tanpa memberi notis yang mencukupi.

Aduan demi aduan dari orang ramai, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) telah melakukan siasatan dengan mengarahkan syarikat-syarikat penerbangan untuk menyerahkan semua data berhubung gangguan jadual penerbangan pada waktu itu.

Bahkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Alexander Nanta Linggi memberitahu pengguna perkhidmatan penerbangan berhak menuntut pampasan bagi meneruskan perjalanan namun tertakluk kepada beberapa faktor dan punca penundaan atau pembatalan, berdasarkan maklumat daripada laman Mavcom.

Pampasan itu merangkumi makanan, bil panggilan telefon dan akses internet bagi penangguhan selama dua jam atau lebih, penginapan hotel dan pengangkutan untuk penangguhan selama lima jam atau lebih dan pembayaran balik secara penuh atau penerbangan alternatif jika penerbangan dibatalkan.

Baca juga: Lihat beg aneh terapung di laut, rupanya berisi mayat bayi perempuan

Baca juga: Dua sekolah Malaysia tersenarai ‘Top 10’ Anugerah Sekolah Terbaik Dunia