Malaysia Dateline

Dua sekolah Malaysia tersenarai ‘Top 10’ Anugerah Sekolah Terbaik Dunia

Dua buah sekolah di Malaysia berjaya disenarai pendek dalam ‘Top 10’ bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia.

Sekolah Kebangsaan (SK) Kempadang di Kuantan, Pahang tercalon bagi kategori Inovasi, manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Jawa di Klang, Selangor bagi kategori menangani cabaran.

Senarai pendek itu diumumkan secara atas talian pada semalam.

Anugerah Sekolah Terbaik Dunia ini dianjurkan oleh T4 Education dengan kerjasama Yayasan Hasanah, Templeton World Charity Foundation, Accenture dan American Express pada tahun ini.

Sekolah-sekolah yang disenarai pendek dipilih menerusi penceritaan kisah-kisah inspirasi sekolah yang mengubah kehidupan murid, membawa perubahan kepada komuniti serta menjadi sekolah contoh.

Anugerah Sekolah Terbaik Dunia bertujuan meraikan sekolah yang memainkan peranan penting dalam membangunkan generasi masa depan dan memberi sumbangan besar terhadap kemajuan masyarakat terutama semasa pandemik Covid-19.

Para pemenang akan diumumkan pada Oktober 2022 di World Education Week dan setiap pemenang akan menerima AS$50,000.

Setiap daripada dua sekolah ini berpeluang untuk memenangi wang tunai sebanyak AS$50,000 (RM219,650).

Pengarah Urusan Yayasan Hasanah dan pemegang amanah pengasas, Datuk Shahira Ahmed Bazari dalam satu kenyataan berkata, pemilihan kedua-dua sekolah itu membuktikan bahawa sekolah awam di negara ini mampu menjadi antara yang terbaik di dunia.

Baca juga: TMJ umum undur diri dari JDT

Baca juga: “Bukan saya main politik, tapi keadaan tak bertambah baik walau penduduk buat aduan” – Chin Tong tempelak Onn Hafiz