Malaysia Dateline

Doktor kongsi pengalaman rawat ramai orang muda kena serangan jantung

Dr. Muhammad Imran Abdul Hafidz

Kena serangan jantung pada usia muda lagi. Itu trend penyakit berbahaya yang dikesan seorang ahli kardiologi, Dr. Muhammad Imran Abdul Hafidz.

Dalam masa sama, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin pada tahun 2020 telah mendedahkan penyakit jantung iskemik (ischaemic heart diseases) kekal menjadi penyebab utama kematian di Malaysia.

Lebih 18,500 kematian atau 17 peratus daripada 109,155 kematian yang disahkan secara perubatan pada tahun itu adalah akibat penyakit jantung iskemik.

Menurutnya, penyakit yang menjadi penyumbang utama kematian di negara ini sejak lebih 20 tahun lalu, mencatatkan lonjakan ketara dalam tempoh 20 tahun berbanding 11.6 peratus pada tahun 2000.

Doktor kongsi pengalaman rawat ramai orang muda kena serangan jantung
Keluarlah beriadah tiga kali dalam seminggu.

Ikuti perkongsin pengalaman Dr. Muhammad Imran berhubung penyakit yang menjadi penyebab banyak kes kematian di negara ini:

Pada pagi 27 Februari lalu, saya buat angioplasty untuk seorang pemuda 30-an. Saya dapat panggilan pukul 5 pagi untuk review individu yang mengadu sakit dada pukul 3 pagi semasa tidur.

Alhamdulillah. Dia tergerak hati nak datang hospital check sakit punca dadanya. Sebaik sahaja ECG dibuat dan menunjukkan serangan sakit jantung, saya di telefon.

Alhamdulillah. Dalam masa kurang daripada 90 minit dari saat dia tiba di hospital, kami sudah berjaya habiskan prosedur angioplasty untuk membuka saluran darah “right coronary artery”nya yang tersumbat 100 peratus.

Saya tiada pilihan lain tetapi memasukkan satu stent berukuran 48 mm (stent paling panjang) sebab block dia memang panjang. Pengaliran darahnya lancar balik selepas itu. Sakit dadanya hilang, tekanan darahnya stabil balik.

Dalam masa 4 minggu saya sudah angioplasty tiga orang yang berumur kurang dari 40 tahun masing-masing berumur 29, 35 dan 37 tahun. Semakin muda dah ni.

Ada seorang pesakit kata dia tengok game Manchester United vs Watford pada 26 Februari lepas sebelum tidur.

Tak tahulah kalau stres tengok Man Utd tidak menyerlah musim ini menyumbang…

Saya sendiri penyokong Liverpool. Sebagai doktor pelatih di Liverpool dari tahun 2008 hingga 2013, saya duduk lima minit saja dari Stadium Anfield. Steven Gerrard pun saya pernah jumpa di hospital saya dulu…

Apa-apa pun, kita ambil iktibar. Semoga kita semua lakukan pemeriksaan kesihatan masing-masing.Pastikan gaya hidup sihat.

Saluran right coronary artery yang tersumbat 100%
Saluran yang telah di8221stent8221 Pengaliran darah lancar balik sampai hujung
Sepanjang saluran yang highlight hijau ni ada stent

Baca juga: https://malaysiadateline.com/ketua-pemuda-umno-tampin-maut-serangan-jantung/

Baca juga: https://themalaysialife.com/macam-macam-perangai-pelajar-spm-konvoi-balik-sekolah-sampai-kena-kejar-polis/