Malaysia Dateline

Dr Hatta cadang AMANAH pinda perlembagaan parti supaya selari dengan Akta Anti Lompat Parti

AMANAH Wilayah Persekutuan mencadangkan agar perlembagaan parti itu dipinda bagi memastikan ia selari dengan Akta Anti Lompat Parti yang akan dikuatkuasakan kelak.

AMANAH Wilayah yang bersidang pada semalam (31 Julai), dilaporkan dengan sebulat suara telah menerima usul supaya mana-mana Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara atau Ahli Dewan Undangan Negeri yang bertindak melanggar keputusan parti atau whip parti atau dengan sengaja dan secara terbuka menghina, mencemar atau menjatuhkan maruah parti, adalah secara automatiknya hilang taraf keahliannya dalam parti.

Pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata, justeru itu, pindaan kepada Perlembagaan AMANAH perlu dibuat kerana tindakan yang dilakukan oleh mana-mana Ahli Yang Berhormat seperti yang disebutkan di atas, melanggar Akta Anti Lompat Parti yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat Khamis lepas.

Beliau juga memaklumkan akan menghantar usul tersebut ke peringkat AMANAH Nasional supaya ia dapat dibentang dan diluluskan dalam Konvensyen AMANAH September depan.

“Dengan pindaan ini, AMANAH akan menjadi parti politik pertama dalam negara yang meminda perlembagaannya bagi memastikan ia selari dengan Akta Anti Lompat Parti yang telah pun diluluskan di Dewan Rakyat.

“Pindaan ini penting bagi memastikan katak-katak politik tidak ada tempat lagi di dalam parti selepas ini dan seterusnya mengembalikan kepercayaan rakyat kepada ahli-ahli politik yang telah dipilih dalam pilihan raya selain memberikan imej parti yang positif dan bersih di mata rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung tindakan melompat parti telah diluluskan di Dewan Rakyat dengan Bacaan Ketiga menerusi Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan)(No.3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.

Ia akan dituruti dengan pindaan di Dewan-Dewan Undangan Negeri selepas ini.

Dengan pindaan tersebut, Ahli-ahli Yang Berhormat akan kehilangan kerusi jika mereka bertindak keluar parti atau tidak lagi menjadi ahli parti berkenaan.

Baca juga: SMS mendakwa MySejahtera beri RM800 melalui TNG eWallet adalah palsu, taktik curi data orang awam

Baca juga: Rugi isi minyak waktu siang, Pak Cik Shell bongkar lagi mitos waktu terbaik untuk isi minyak

Baca juga: Lebih 100 jemaah haji fail saman RM3 juta, rupanya sampai hari ini seorang pun belum terima ganti rugi. Ini yang anda perlu tahu