Malaysia Dateline

Dua perkara menarik di Parlimen

Ada beberapa insiden di Parlimen sehari dua ini yang menunjukkan sesuatu yang agak menarik.

Pertama, mengenai isu Akta Profesion Guaman Syarie (2019). Isu ini dibangkitkan oleh YB Hulu Langat (AMANAH ) dan dijawab oleh YB Menteri Agama (parti ehem).

Agak menarik mendengar jawapan Menteri Agama yang kelihatannya macam berhasrat untuk “score” gol tapi nampak macam “scored” ke pintu gol sendiri.

Menteri jawab antara lain “Akta Profesion Guaman Syarie ini bukanlah “dibuat” pada zaman Pakatan Harapan (PH) tetapi sebenarnya telah pun dibuat di zaman dulu tetapi dipetik (???) pada zaman PH… sebab itu janganlah mendakwa kita yang “buat”.”

Ada beberapa istilah yang mungkin patut dijelaskan di sini. Dalam konteks Parlimen, apabila disebut sesuatu Akta (bermula dari RUU) itu “dibuat” ia bermaksud ianya dibentang dan digubal di Parlimen tidak kira siapa pun yang deraf akta tersebut.

Oleh itu, adalah tidak betul untuk Menteri Agama habaq Akta Profesion Guaman Syarie (2019) itu “dibuat” di zaman dulu (BN) dan bukan di zaman PH.

Jika dia nak habaq lagu tu dia kena habaq lagu ni “YB, sebenarnya Akta itu telah pun dideraf di zaman dulu tetapi hanya berjaya dibentangkan di zaman PH sehingga ia akhirnya berjaya diluluskan menjadi sebuah Akta!”

Selagi mana sesuatu deraf RUU tidak pernah dibentang, dibahas dan diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan kemudian diperkenankan oleh YDPA dan akhirnya diwartakan ia tidak boleh dikatakan telah “dibuat”.

Oleh itu, apabila menteri habaq dibuat di zaman dulu dan bukan di zaman PH tidak betul tu.

Jika nak habaq pun cukup habaq dideraf.

Kedua, mengenai kekecohan isu arak di Parlimen, saya agak tertarik apabila ada Timbalan Menteri Parti Ehem mencelah dan meminta YB Seputeh menarik balik kenyataan konservatif.

Apa isunya?

Isunya adalah pematuhan Konvesyen/Amalan Tradisi Parlimen. Saya boleh memahami YB Pendang (parti ehem) marah dan pohon YB Seputeh (DAP) menarik balik perkataan konservatif itu sebab tuduhan konservatif itu seolah-olah dituju ke atas parti depa.

Tetapi itu bukan isunya di sini.

Isunya oleh kerana beliau adalah seorang Timbalan Menteri, maka dia tidak sepatutnya terbabit (unduly embroiled) di dalam perbahasan itu dalam sebarang masa atas alasan apa sekalipun.

Kenapa?

Kerana dia adalah seorang Timbalan Menteri dan bukannya Ahli Parlimen Backbenchers Gomen Tebuk Atap Gagal 2.0.

Taklah salah tapi tidak berapa manislah.