Malaysia Dateline

Duda ditemui mati tergantung dengan tali berlapik kain dileher di Putrajaya

Seorang duda berusia 43 tahun dilihat tergantung dengan tali berlapik kain di leher di tepi tangga tingkat bawah rumahnya di Presint 11, Putrajaya

Kejadian tersebut disedari oleh jiran mangsa sebelum membuat panggilan polis. Hasil siasatan pasukan forensik mendapati tiada unsur jenayah dan kesan kecederaan.

Malah, pintu rumah mangsa juga dalam keadaan berkunci dan tiada kesan pecah masuk atau kesan umpil manakala barangan peribadi mangsa juga turut ditemui.

Mengikut laporan perubatan daripada Klinik Psikiatrik Hospital Putrajaya mangsa mengalami penyakit Bipolar Disorder tahap satu fasa kemurungan dan sedang menerima rawatan di klinik berkenaan sejak September tahun ini.

Mangsa juga mengambil ubat rawatan jenis Risperidone (ubat yang membantu dengan gejala beberapa keadaan kesihatan mental seperti Skizofrenia).

Ketua Polis Daerah (IPD) Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima makluman mengenai penemuan mangsa dari jirannya yang ternampak duda berkenaan dalam keadaan tergantung.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) kemudian dikerahkan ke lokasi dan memecah masuk ke dalam rumah dan mendapati mangsa berusia 43 tahun itu dalam keadaan tergantung dengan tali berlapik kain di leher di tepi tangga di tingkat bawah rumahnya.

Pegawai Perubatan Kementeri Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Menurut jiran, kali terakhir dia melihat mangsa adalah pada Sabtu lalu kira-kira jam 10 pagi.

Difahamkan, mangsa tinggal bersendirian selepas berpisah dengan isterinya sejak empat tahun lalu. Tiga orang anaknya tinggal bersama bekas isteri kerana mangsa mengalami masalah kesihatan mental.

Terdapat laporan perubatan daripada Klinik Psikiatrik Hospital Putrajaya yang menunjukkan mangsa menghidap penyakit Bipolar Disorder tahap satu fasa kemurungan dan sedang menerima rawatan di klinik tersebut sejak September tahun ini.

Baca juga: Ambil upah belah ikan bilis, ibu tunggal gigih sara 3 anak yang masih bersekolah