Malaysia Dateline

‘Duduk hotel ni, aku rasa diperhati’ – Bermacam ‘meme’ lucu ini buat orang ramai terhibur

Meme dipercayai keadaan sebuah hotel bajet dengan televisyen dicabut bersama kapsyen, “Duduk hotel ni aku rasa diperhatikan” dlihat buat orang ramai terhibur.

Ruang bekas tempat letak televisyen lengkap sepasang ‘mata’ dan ‘hidung’ itu juga menampakkan ‘mulut’ yang seolah-olah mengeluarkan air liur.

“Tengok betul-betul, ada kamera dalam tu,” usik seorang warganet.

Selain itu, meme dengan susunan tong berongga pelbagai warna juga mencuit hati warga maya apabila ‘mulutnya’ yang ternganga seolah-olah berkata, “Oh, macam tu”.

Lebih nampak kelakar apabila tong pelbagai saiz itu ada yang di posisi seperti wajah terteleng.

Gambar kucing putih dengan mata terbeliak depan skrin telefon manakala seekor lagi ‘Oyen’ pejam matanya tersandar di dinding juga menjadi antara ‘meme’ popular.

Satu lagi meme yang tersebar dan menggeletek hati orang ramai di media sosial ialah sebiji takoyaki dengan riak ‘muka’ terkejut tetapi comel.

“Mampu gelak je” – Mungkin gambar kasut ‘ketawa’ dengan ikatan tali kasut menyerupai sepasang mata yang sedang terhibur menjadi meme paling kelakar.

Baca juga Bekal makanan buat suami di tempat kerja – Pelbagai hidangan ini mungkin boleh beri idea untuk kaum Hawa

Baca juga Selepas suntik ‘filler’, bibir wanita ini bengkak tiga kali ganda