Malaysia Dateline

‘Duit banyak tu janganlah menunjuk, buat sekolah angkat lebih baik ikut cara orang kaya Cina’

Ada segelintir individu kaya terutama ahli perniagaan Melayu dan pempengaruh mungkin tidak tahu untuk memberi manfaat kepada masyarakat sebaliknya menunjuk saja gaya hidup mewah mereka di media sosial.

Walhal, duit banyak itu boleh disalurkan untuk membantu Sekolah Kebangsaan (SK) lebih-lebih lagi ketika negara masih di bawah ancaman Covid-19 terutama dari segi pengisian program yang secara relatif masih kurang serba-serbi berbanding sekolah Cina.

Untuk rekod, terdapat 7,778 SK dengan seramai 2.67 juta pelajar sekolah rendah manakala lebih 2 juta pelajar sekolah menengah di seluruh negara bagi tahun ini.

Alangkah baik jika golongan Melayu kaya apalagi pempengaruh dan jutawan kosmetik mencontohi budaya kuat menyokong pendidikan anak bangsa seperti diamalkan kebanyakan ahli perniagaan dan jutawan kaum Cina.

Sumbangan mereka yang berduit kepada sekolah kebangsaan dapat sedikit sebanyak meringankan beban guru yang kerap mengeluarkan wang sendiri bagi kelancaran program di sekolah.

Ikuti pendapat IFFAT SALLEH yang berharap agar mana-mana individu kaya mengubah perangai buruk daripada suka ‘show off’ di media sosial dengan membantu generasi masa depan yang kini sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan:

“Saya cadangkan kalau anda ada company yang profitable dan rasa kaya sangat, tidak payah menunjuk di media sosial.

Pergilah satu sekolah berdekatan rumah. Beritahu nak jadikan sekolah itu sekolah angkat. Nak buat projek, beritahu saja berapa nak pakai.

Nak buat program, beritahu saja berapa nak guna. Nak pergi lawan sukan, berapa helai jersi nak pakai.

Kalau kaya sangat, beritahu unlimited bajet. Kalau tak berapa kaya, beritahu berapa jumlah yang boleh anda sediakan untuk sekolah.

Kalau anda semua nak tahu, Sekolah Kebangsaan di negara kita ini tak banyak duit pun. Sekolah Cina kaya-raya sebab banyak jutawan beri sumbang duit sebagai sekolah angkat.

Orang Melayu sembang saja kemaih sales juta ringgit, sekolah tak mahu tolong bangunkan.

Malangnya, komplen pula generasi masa depan bermasalah kononnya.

Apa anda dapat kalau ambil sekolah angkat?

1. Syarikat boleh letak logo di jersi, banner program dan projek yang dijalankan. Sekolah dengan besar hati letak logo jenama anda tanpa rasa takut. Tapi janganlah minta letak logo besar gedabak.

2. Segala duit yang disumbangkan kepada sekolah boleh claim as marketing expenses, boleh tolak cukai.

3. Brand, company dan diri anda akan lebih dikenali di kawasan sekitar.

Kalau betul-betul kaya, cubalah gunakan duit itu untuk membantu sekolah dan generasi masa depan.

Setakat guna untuk menunjuk tak payahlah. Meluat tengok!”

Baca juga Silibus sekolah rendah tahap merapu, cikgu ini dedah sikap ‘babil’ orang atas

Baca juga Wanita sebak lihat budak darjah 6 ponteng sekolah sebab nak bantu keluarga