Dulu kena kecam harga ‘Tel Aviv’, sekarang nasi Arab Chef Ammar laku teruk sampai terpaksa buat peraturan ketat pada pelanggan.
Selepas tular nasi beriani Chef Ammar Ali yang dikecam mahal seperti ‘Tel Aviv’, tak sangka pula kini makin ramai pelanggan yang beratur untuk mendapatkan menu nasi Arab lamb shank air tangan chef Ammar.
Bagaimanapun timbul pula isu baru apabila tular di media sosial satu video pembeli yang merungut tidak dapat membeli Nasi Arab susulan ia habis lebih awal walaupun ada yang telah beratur hampir 3 jam demi mendapatkan juadah tersebut untuk berbuka puasa.
Justeru itu, tukang masak asal Palestin itu memaklumkan bermula hari ini, setiap orang dihadkan untuk membeli 4 set sahaja.
“Sekarang semua yang datang nak beli sampai 15, 20, 25 pax. Saya faham ada yang beli untuk rakan satu tempat kerja, satu keluarga. Jadi seperti yang dibangkitkan, orang yang beratur di belakang tak dapat.
“Kami juga telah bercakap dengan pihak yang berwajib mengenai isu ini, dan mereka memberi pandangan dan nasihat. Menurut mereka, pelanggan tak boleh menyalahkan saya kerana perkara ini di luar kawalan saya.
“Jadi menurut mereka terpulang kepada pihak saya untuk membuat satu ketetapan atau solusi. Jadi mulai Rabu, setiap individu dihadkan untuk membeli dua pax kambing dan dua pax ayam… iaitu maksima empat pax. Ini peraturan dari kami demi berlaku adil kepada pelanggan,” katanya memetik mStar.
Menurut Chef Ammar, pihaknya akan letak kain rentang di bazar sebagai pemberitahuan kepada para pelangan mengenai ketetapan baharu itu.
Bila makanan habis, tak boleh suka hati call kilang suruh masak lagi
Sementara itu, Chef Ammar mengakui ramai yang telah memberikan cadangan untuk masak lebih, tetapi ada banyak kekangan yang tidak boleh diteruskan.
“Ya saya sedar ramai yang beri cadangan supaya kami masak lebih. Saya nak jelaskan, kami juga ada bajet untuk setiap hari. Jika sudah mencapai bajet, itu sahaja.
“Kami tak boleh call kilang, minta masak lagi dan hantar ke bazar. Ini bukan kedai makan seperti KFC atau McDonald’s. Kami tak tahu bilangan pelanggan yang datang setiap hari. Ada yang minta bungkus siap-siap supaya cepat.
“Tak syoklah kerana kita nak orang lihat makanan dan skil kita secara live. Keduanya, kami kena maintain kualiti makanan.
“Ketiga, kami juga ada staf di mana mereka juga letih, nak berbuka puasa, nak solat. Takkan sepanjang petang hingga malam kita nak duduk di bazar sahaja. Kita kena kemas, buat closing, proses bahan untuk esok pula… semua perkara behind the scene ini pelanggan tak nampak,” terangnya lagi.
Baca juga: Mana satu patut buat dulu, buka puasa ke solat maghrib? Ini jawapan bekas mufti
Baca juga: Dikecam dan sering terima gambar lucah, Baby Shima hampir berhenti menggunakan sosial media