Dunia menjadi gelap dan rasa hilang semangat untuk hidup antara luahan mangsa penipuan ‘scammer’ di mana wangnya RM163,000 hilang begitu sahaja.
Biarpun di media sosial telah mendedahkan penipuan ini hakikatnya masih ramai lagi yang menjadi mangsa penipuan scammer ini.
Menurut wanita ini melalui Facebooknya Azura Photobook turut mendedahkan beliau menjadi mangsa di mana hilang ratusan ribu wangnya daripada empat buah bank.
“Akibat penipuan itu, saya kerugian RM163K pada 4 Julai 2022.
“Jalan cerita yang lebih kurang sama dengan saya.
“Hampir 3 minggu saya kemurungan yang amat teruk..Rasa dunia gelap rasa hilang semangat untuk teruskan hidup..tetapi rasa redha dengan apa yang berlaku,” luahnya.
Katanya duitnya lagi banyak kena ‘scam’ membuatkan hatinya hancur lebur serta kemurungan dan kejadian ini tidak boleh dilupakan sampai bila-bila.
“Duit saya lagi banyak kena scam tinggal lagi kes tak viral sahaja..Hancur lebur kemurungan..163K x akan boleh lupa sampai bila2..
“Public Bank, Cimb Bank, Maybank, Bank Rakyat,” tulis beliau.
Susulan luahannya tular hari ini, ramai warga maya mempertikaikan soal keselamatan bank-bank di Malaysia yang boleh ditembusi oleh ‘scammer’.
Bagi mereka bank-bank sudah tidak selamat lagi untuk simpan duit apabila ramai menjadi mangsa ‘scammer’.
Isu penipuan scammer hari ini hangat diperkatakan selepas seorang doktor mendedahkan beliau telah hilang RM13,000 daripada CIMB dalam sekelip mata Jumaat lalu.
Susulan itu, sistem keselamatan bank CIMB mula dipertikaikan begitu juga bank-bank yang lain apatah lagi untuk mendapatkan semula wang yang hilang itu mengambil masa yang panjang.
Baca juga: 3 langkah ikhtiar yang perlu dibuat elak duit dari akaun CIMB hilang
Baca juga: “Dah macam plastik sampah dicantum-cantum”, netizen persoal fesyen Aina Abdul