Elaun ‘parking’ menteri lebih tinggi dari gaji doktor sebulan. Itu antara luahan hati seorang doktor lantikan kontrak yang berdepan dengan kesukaran untuk diserap tetap.
Pegawai perubatan kontrak, Dr Prabakaran Karuppiah antara lebih 4,000 doktor muda yang masih ternanti-nanti bilakah mereka akan ditawarkan jawatan tetap.
Setakat Februari lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dilapor berkata, satu pelan hala tuju sedang dibangunkan Kementerian Kesihatan (KKM) bersama agensi dan kementerian berkaitan bagi mencari penyelesaian jangka masa pendek, sederhana dan panjang dalam kemelut berhubung pegawai lantikan kontrak.
Ikuti luahan hati Dr Prabakaran yang telah kehilangan ibu akibat Covid-19 ketika bergelut dengan statusnya sebagai doktor kontrak:
Dulu bersungguh-sungguh belajar konon nak jadi doktor. Mak ayah saya walaupun berpelajaran setakat sekolah rendah saja, berusaha cari duit untuk tampung perbelanjaan dan kos pembelajaran kursus perubatan di kolej swasta.
Nak minta biasiswa tidak layak sebab dilahirkan salah warna kulit. Nak kata saya ni pandai, tidaklah sangat. Average saja.
Saya belajar ikut kemampuan saya. Masa masih pelajar, ayah saya meninggal dunia. Mendarat di KLIA baru diberitahu ayah meninggal. Balik rumah menghadap mayat ayah. Entah macam mana, saya lepas juga medical school selepas 5 tahun.
Habis belajar tunggu lantikan doktor pelatih selama 1 tahun. Memang frust lama menunggu. Konon banyak sudah doktor pelatih. Akhirnya dapat jugalah. Kali ini saya pilih untuk berkhidmat di Sabah.
2 tahun saya berusaha untuk habiskan housemanship.
1st posting kena extend. Maklumlah masih tidak matang. Akhirnya, sampai juga final posting di ED, masa ni mak saya mula tidak berapa sihat sudah. Minta cuti rehat nak jaga mak, baru saya sedar keperitan ‘contract officer’, ‘Sorry cannot you are not eligible. You are contract’ ‘If you want, you have to resign’
Saya berharap dengan saudara mara untuk jaga mak saya. Orang pandai buat pilihan raya Sabah, boom meningkat kes Covid-19 di Sabah. Sangkutlah.
Macam mana nak balik tengok mak. Kes Covid-19 berduyun-duyun masuk ED waktu itu. Cuti kena beku.
Mak saya jalani pembedahan, saya pula sibuk di hospital. Akhirnya, habis jugak ED posting. Beberapa hari lepas itu, jadi MO. Saya pilih untuk terus bertugas di Sabah. Kena hantar ke Covid-19 rotation.
Lepas beberapa bulan, saya minta izin dari boss nak jumpa mak sebab mak perlu chemo & radiotherapy. Boss baik, saya pun balik. Jumpa mak, settle hospital issue. 4 hari saja, kemudian balik Sabah. Sambung tugas di Covid-19.
Saudara mara saya tolong tengokkan mak. Satu hari di tempat kerja, tiba-tiba terima panggilan telefon, mak saya collapse depan rumah masa nak ke kerja. Mak saya sakit pun hari-hari pergi kerja.
Masuk hospital, Covid-19 positif. Saya gegas balik keesokan harinya, sempat jumpa dia lagi. Under facemask, dia masih introduce saya pada staff nurse yang jaga dia. ‘Adik ini anak saya, dia kerja doktor’
Dua kali saja saya jumpa, severe organising Covid pneumonia. Lepas seminggu, mak saya meninggal dunia.
Tiga minggu kemudiannya, saya balik sambung kerja di Sabah. Takat ini saya dah mula menyampah.
Months passed. Khairy announced konon ada peluang untuk dapatkan permanent post. Saya pun happy sikit lalu apply.
Keputusan: TIDAK MELEPASI TAPISAN
Disuruh cuba tahun depan. Laman web tidak beri panduan untuk mengisi borang. Dah isi maklumat yang tepat pun masih kata tidak diisi.
Nak give up, teringat pula pengorbanan mendiang mak ayah aku. Nak stay motivated pun kontrak makin mendekati tarikh luput.
Susah sangat ke nak bagi jawatan tetap kepada pegawai perubatan? Elaun parking menteri dah lebih tinggi dari gaji doktor sebulan.
Belum pernah saya terfikir nak ke luar negara, memori bersama mak ayah saya masih banyak di sini.
Tahniah kepada semua yang melepasi tapisan.
Baca: Pengorbanan lawan Covid-19 tidak dihargai, Hartal Doktor Kontrak 2.0 akan dilaksana