Malaysia Dateline

‘Fun Fair’ diarahkan tutup melibatkan kanak-kanak dan dua wanita

Dalam kejadian malam tadi di sebuah pesta ria atau ‘fun fair’ telah diarahkan tutup serata merta berikutan kejadian kanak-kanak cedera selepas terjatuh daripada satu permainan.

Menerima maklumat pihak polis telah bergegas ke fun fair yang terletak di Puncak Alam itu kira-kira pukul 8.50 malam.

Dalam siasatan awal mendapati mangsa melibatkan seorang kanak-kanak dan dua wanita.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata berdasarkan maklumat awal, kesemua mangsa berada di atas permainan ‘sotong ride’ yang sedang bergerak sebelum terjatuh.

“Siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu bagaimanapun masih dijalankan termasuk mengenal pasti identiti mangsa terlibat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, pesta ria itu turut diarah tutup serta merta bagi siasatan lanjut.

“Arahan itu dikeluarkan selepas polis turut berbincang dengan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

“Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 6 Enekmen Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 kerana beroperasi tanpa lesen,” katanya.

Pengguna TikTok dikenali sebagai Saiful Azif itu memuat naik video kanak-kanak yang cedera dipercaya salah seorang mangsa kejadian ‘sotong ride’ tersebut.

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet.

Menurut Saiful Azli tahap keselamatan untuk permainan di fun fair berkenaan agak meragukan sehingga menyebabkan berlakunya insiden tidak terduga itu.

Rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang dengan kejadian terbabit dan meminta ahli keluarga kesemua mangsa mengambil tindakan sewajarnya diatas insiden berkenaan.

Baca juga: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awan ditamatkan berkuat kuasa hari ini