Malaysia Dateline

Gaji Adun Sabah naik, rakyat tanya gaji minimum RM1,500 bila pula nak laksana?

Ketika ramai rakyat Sabah hidup dalam kedaifan dan murid sekolah perlu berhadapan dengan hari sukar disebabkan infrastruktur jalan yang teruk, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pula dikhabarkan telah meluluskan kenaikan gaji bagi Ketua Menteri dan Adun-Adun mereka.

Biarpun mereka tahu rakyat akan bercakap mengapa gaji dinaikkan dalam masa sekarang, namun kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, asas utama ialah untuk wakil rakyat kerajaan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat sekaligus membasmi kemiskinan.

Perkara itu bagaimanapun menimbulkan rasa tidak puas hati orang ramai yang menyindir bahawa gaji para menteri sudah terlalu tinggi seolah berada di tahun 2060, sedangkan gaji rakyat marhaen masih lagi di takuk lama seperti zaman 90 an dahulu.

Isu gaji minima juga ditimbulkan semula di mana netizen melihat untuk melaksanakan gaji sebanyak RM1,500 pun terlalu banyak kerenah dan syarat untuk melakukannya.

Selain itu ada yang mempersoalkan mengapa gaji menteri perlu dinaikkan ketika rakyat sedang menghadapi masalah ekonomi dan harga barangan yang kian meningkat.

“Kalau gaji menteri, hari ini cadang esok terus lulus. Tapi kalau gaji minimum rakyat mula lah dia orang nak kaji lah. Bagitahu syarikat tak boleh bayar gaji yang tinggi-tinggi takut bankrap. Padahal soal gaji minimum ni dah bertahun-tahun rasanya orang persoalkan tapi nothing,” luah pengguna Twitter @rul0927.

“Semua Adun sebulat suara luluskan. Siapa je tak nak naik gaji. Yang gaji sedia besar makin bertambah besar. Gaji minima rakyat nak naik RM1,200 ke RM1,500 punya banyak kerenah. Wakil rakyat ni semua jenis kayakan diri sendiri. Sila buang mereka jauh-jauh pada PRU akan datang,” tulis pengguna @AsahPisau.

Perkara itu turut menarik perhatian bekas menteri pendidikan zaman Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik turut mengulas isu berkenaan dan membandingkan dengan realiti yang berlaku.

“Ketika anak-anak Sabah bergelut untuk ke sekolah kerana infrastruktur dan jalan yang teruk, di kala kedaulatan Sabah dihinjak oleh Sulu, di kala guru-guru di Sabah berkorban banyak di sekolah-sekolah daif, di kala anak-anak OKU dan anak-anak tanpa dokumen dilarang ke sekolah…..,” ciapnya sambil menyertakan tangkap layar cerita gaji Adun dinaikkan.

Untuk rekod, dengan kelulusan majoriti semalam, gaji menteri-menteri di Sabah akan dinaikkan sebanyak 40 peratus seperti di bawah:

Ketua Menteri Sabah: RM23,595 ke RM33,033 
Timbalan Ketua Menteri: RM20,872.50 ke RM29,221.50
Menteri: RM16,335 ke RM22,869
Speaker DUN: RM16,335 ke RM22,869
Pembantu Menteri: RM12,705 ke RM17,787
Timbalan Speaker DUN: RM12,705 ke RM17,787
ADUN: RM7,950 ke RM11,130
Setiausaha Politik: RM5,445 ke RM7,623

Baca juga: Tiket konsert Dewa 19 licin dalam tempoh sejam, ustaz Pas tegur kenapa majlis ilmu percuma tak rasa teruja?

Baca juga: Hairan dari mana dapat air panas, penumpang ditegur selamba makan mi segera dalam tren

Baca juga: Pukul dulu baru lapor, lelaki curi getah cedera dipukul orang awam