Malaysia Dateline

Hairan dari mana dapat air panas, penumpang ditegur selamba makan mi segera dalam tren

Rasanya semua pun tahu perkhidmatan awam seperti LRT, MRT dan komuter tidak membenarkan mana-mana penumpang membawa makanan mahupun minuman di dalam tren bagi memastikan kebersihan gerabak itu sepanjang masa.

Namun lain pula yang jadi apabila laman rasmi Rapid KL memuat naik satu gambar memaparkan dua remaja mengingkari arahan tersebut dan menghirup mi segera di dalam tren.

Rapid KL menegur perbuatan tersebut dan menjelaskan bahawa mereka tidak pernah menyediakan air panas untuk pengguna makan maggy dalam tren.

“Tak pernah pula kami sediakan air panas untuk makan maggy dalam tren kami. Dah makan, tak pakai pelitup muka pula. Untuk keselesaan anda, ada sebab kami melarang penumpang untuk makan dan minum di dalam tren,” tegur Rapid KL.

Status tersebut turut disertakan dengan tanda pagar #rapidkl #tegursebabsayang.

Meninjau ke ruangan komen, walaupun ramai bersetuju dengan tindakan kurang beradab dua remaja berkenaan, namun mereka juga menegur penguatkuasaan pihak perkhidmatan LRT yang lalai dalam menguatkuasakan tindakan.

Kata mereka, setakat meletakkan larangan tetapi tiada tindakan diambil, lebih banyak kes seperti ini akan berlaku.

“Ya betul. Dilarang makan dalam tren, tetapi tidak ambil tindakan pun. Sila pergi tengok MRT Singapura, macam mana dia orang buat. Jangan hanya tangkap gambar dan post di FB saja,” tulis pengguna Facebook, Tongong Tay.

“Aiyo admin, setakat snap gambar dan publish kat sini buat apa? Mana pemantauan dan penguatkuasaannya – polis bantuan? Setakat duduk kat meja bawah kipas, dan tengok telefon sambil sesekali tengok passenger yang semakin ramai di platform, baik tak payah kerja.

“Tepek la poster apa tah dalam tren dengan tunjuk gambar no eating/drinking dan didenda dgn RM… tapi hampeh. Kalau MRT luar negara, sampaikan satu botol kecil air mineral pun tak lepas untuk naik tren tau.

“Itu belum lagi di sesetengah negara sampai kena lalu macam Security Gate kat Airport, punya nak tengok apa yg kita bawa dan ada dalam beg,” luah kesal pengguna Facebook yang menggunakan nama Ben Noor Abdullah.

Baca juga: “Macam tu je habis duit” – Rakyat tak gembira kerajaan belanja RM5 juta untuk kempen Keluarga Malaysia

Baca juga: Gara-gara bantah kenaikan harga barang, Mat Sabu 2 jam disiasat polis

Baca juga: Guna tema kahwin ala mafia, lelaki dikecam lempar mas kahwin ke muka pasangan