Gaji minimum kurang dari 5 orang pekerja ditangguhkan kuat kuasa Jan 2023

Oleh NASUHA RAHMAN

Kerajaan menangguhkan perlaksanaan perintah Gaji Minimum (Pindaan) 2022 kepada majikan kurang lima orang pekerja, berkuat-kuasa 1 Januari 2023.

Menurut Menteri Sumbar Manusia V. Sivakumar, setelah mengambil kira kesediaan kategori majikan yang menggantikan pekerja kurang dari lima orang justeru itu kerajaan ambil keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan kuat kuasa RM1,500 dari 1 Jan 2023 kepada satu Julai 2023 di bawah katagori ini.

“Perintah gaji Minima (PGM) 2022 berkuatkuasa mulai 1 Mei 2022 dengan kadar gaji RM1,500 sebulan untuk sektor tanpa mengira wilayah bagi majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.

“Bagi semua majikan yang menggajikan kurang dari lima orang pekerja telah diberi pengecualian dan pelaksanaan PGM 2022 sebanyak RM1,500 berkuatkuasa pada 1 Jan 2023,” kata beliau.

Keputusan ini jelas beliau dibuat setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan yang dijangka menghadapi cabaran ekonomi serta kewangan pada 2023.

Jelas beliau, penangguhan tambahan selama enam bulan juga diharap memberikan peluang untuk menyelaras dan mengimbangi keperluan kewangan, akan membantu memulihkan kedudukan ekonomi yang menggajikan kurang dari lima orang sahaja.

“Kementerian Sumber Manusia (KSM) ingin menegaskan majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih dan tanpa mengira jumlah pekerja, majikan yang menjalankan aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia masih perlu meneruskan pembayaran gaji minimum RM 1,500 bermula pada 1 Mei 2022.

“Majikan tidak terlibat dalam penangguhan ini hendaklah terus menerus mematuhi pelaksanaan PGM dengan membayar gaji minimum RM 1,500 sebulan kepada pekerja,”kata beliau.

Baca juga: Nama Anwar disebut dalam Who Wants To Be A Millionaire di India