Malaysia Dateline

Nama Anwar disebut dalam Who Wants To Be A Millionaire di India

Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja berlegar-legar di negara ini malah nama Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 ini sudah menjadi sebutan seantero dunia.

Terkini nama Anwar Ibrahim menjadi sebutan dalam rancangan Who Wants To Be A Millionaire di India yang mana soalan diajukan oleh pengacara terkemuka, Amithabh Bachchan.

Soalan yang dikemukakan oleh Amithabh kepada pemuda itu berbunyi, “Yang mana negara dimenangi Anwar Ibrahim dalam pilihan raya 2022? Iraq, Malaysia, Bahrain atau Indonesia.”

Pemuda itu dengan tenang kemudiannya menjawab, “Malaysia” sekali gus berjaya mengumpul wang sebanyak 6,40,000 INR sehingga menerima tepukan gemuruh daripada penonton.

Klip video program itu tersebar di Malaysia sehingga ramai yang menganggap nama Anwar sudah terkenal di peringkat antarabangsa.

Sebelum ini, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun memberitahu beliau mempunyai hubungan baik dengan tokoh dan pemimpin dunia termasuk India.

Baca juga: Para pendakwah yang tidak menyokong parti politik PRU15 tidak perlu dikenakan tindakan, kata Mahiaddin