Walaupun dengan gaji RM5,000 (RM5k) sebulan namum ramai yang mengeluh jumlah itu masih tidak cukup untuk hidup khususnya di Kuala Lumpur (KL).
Apatah lagi bagi mereka yang mempunyai keluarga besar ditambah pula harga barang yang semakin tinggi.
Jika hidup di kota kecil mereka yang bergaji seperti itu ia dianggap orang yang sangat senang kerana bajet keperluan mereka sangat rendah berbanding di Kuala Lumpur.
Seorang teknologis Ir Abdul Rahman Bahasa di Faceboonya telah mendedahkan corak perbelanjaan sebenar yang dialami oleh mereka yang bergaji RM5k.
Dengan gaji RM5k tolak itu ini dan semua perbelanjaan termasuk pinjaman hanya tinggal RM1,000 lebih sahaja sebulan.
Ini rasionalnya sebagaimana yang dicatatkan oleh beliau;
DOK KL, GAJI RM5K TAK CUKUP?
Tadi aku baca sharing dari satu page. Ada yg share kata gaji RM5K kat KL tak cukup.
Mcm² feedback yg ada. Mcm biasa..Ada yg agreed, ada yg tak agreed.hahhaa..
1st sekali, yg gaji RM5K ni biasanya siapa?
Nak cerita setiap golongan. Memang sampai ke sudah pun tak habis.
So, kita buatlah basis sikit ye.
Aku andaikan yg gaji RM5k ni golongan pengurusan dan professional.
Bila cakap geng² professional. Minimum education, degree. Standard degree holder ada pinjam PTPTN. Bila dah cecah gaji RM5K ni, rate potong gaji untuk PTPTN boleh jadi 8%.
Gaji RM5k ni kebanyakkannya pulak bukan fresh grad. Mesti dah experience. Koman² 4-5 tahun experience.
Umur pun dah 27 or 28 tahun.
Bila dah umur 27 or 28 tahun, kebanyakkannya dah ada komitmen. Paling koman, kereta dan rumah sewa.
Plus ada yg dah kawin dan dah ada anak sorang.
Bila kita cakap 5tahun experience, gaji RM5K. Nak dapat gaji mcm tu, kebanyakkannya kerja swasta. Bila kerja swasta. Maka wajiblah kena potong EPF, SOCSO,EIS dan Tax.
Orait. Jom tgk berapa gaji bersih bagi individu yg aku sebutkan diatas?
Gaji kasar: RM5,000
Potongan:
EPF (11%): RM550
SOCSO: RM19.75
EIS: RM7.90
Tax: RM130
PTPTN (8%): RM400
Total Deduction: RM1,107.65
So,gaji bersih jadi berapa?
RM5,000-RM1,107.65 =RM3,892.35
Estimated komitmen wajib sebulan pula:
Kereta: RM500
Rumah sewa: RM700
Electric: RM160
Air: RM20
Bil Telefon: RM50
Belanja barang basah+kering and bla²: RM 1,000
Total: RM2,430
RM2,430 tu berapa % dari gaji bersih tadi. Lebih kurang 62%.
Baki ada lagi 38%. Atau dlm ringgit, lebih kurang RM1.4K.
“Wow!!!ok lah tu..ada lagi RM1.4K extra. So, apa benda yg tak cukup ni?” Kata Leman Kongkang sambil hirup kopi o kat warung area kampung sg layang.
Jap Leman, nak g kerja isi minyak pakai air ke? Or nak naik public transport? Tu bukan kos ke?
Rumah jauh dari stesen komuter,LRT,MRT or Monorail? Last² naik moto or naik keta sendiri park kat designated parking area kat stesen. Ingat free ke? Kena bayar bai..Nak naik grab? Tu pun kos juga.
(Disclaimer: siapa parking kat tepi bahu jalan. Tu cerita lain ye. Kadang² nasib tak baik, masa nak pickup kereta, ada surat saman pulak kat wiper kereta..hahhaa😂).
Kalau Isteri pun kerja? Anak tak ada siapa nk jaga pulak. So, anak kena hantar pengasuh. Tu pun kos juga.
Balik lambat sebab komuter asyik delay je. Last² anak yg dihantar ke pengasuh tadi,terlebih masa. Kena bayar pulak OT ke pengasuh. Tu pun kos juga.
Lagi? Tah lah Leman. Tak mampu aku nak taip semua perangai org KL ni..Sebab setiap org komitmen dia lain².Nak cerita sini mmg tak habis.
Tapi secara generalnya..Tu lah lebih kurang corak perbelanjaan org KL kalau kau nak tau Leman. Kadang² perbelanjaan tu jadi besar sebab belanja “terpaksa”. Bukan sebab nak bergaya sgt pun. Bukan sebab nak show off pun.
Apa² pun Leman. Ni je lah yg aku boleh cakap:
“Poket kau, kau manage!”
Baca juga: ‘Tak ada sebab harga minyak tidak boleh turun’
Baca juga: Guna sumbangan RM116,736 untuk jalani pembedahan, leher remaja tidak lagi berpusing 90 darjah