Gara-gara berpakaian seperti Ratu Suthida Thailand ketika melakukan protes jalanan seorang wanita dihukum penjara 2 tahun.
Mahkamah di Thailand pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap aktivis politik kerana menghina keluarga Raja Thailand.
Wanita itu seorang daripada 210 aktivis yang dituduh menghina keluarga diraja dalam tempoh dua tahun susulan reformasi terhadap kuasa monarki.
Peguam tertuduh berkata, hukuman itu dijatuhkan selepas Jatuporn ‘New’ Saeoueng, 25, didapati berpakaian seperti Ratu Suthida dalam satu protes jalanan.
Saeoueng didapati bersalah menghina keluarga diraja ketika menyertai protes jalanan di Bangkok pada 2020, menurut peguam Krisadang Nutcharat.
Baca juga: Tekanan darah tidak menentu Najib akan dirujuk ke IJN hari ini-Prosiding kes 1MDB ditangguh esok
Baca juga: Klinik kesihatan terbakar, punca dan kerugian belum dikenalpasti