Malaysia Dateline

Gara-gara isteri sakit perut, perbuatan suami 4 tahun yang lalu akhirnya terbongkar

Seorang isteri mengadu sakit perut kemudian berjumpa dengan doktor telah mengundang padah apabila perbuatan suaminya 4 tahun yang lalu akhirnya terbongkar.

Suami kepada Ranjita Kundu, 31 telah bertindak menjual buah pinggangnya 4 tahun yang lalu selepas beliau dimasukan ke hospital swasta kerana dikatakan terdapat ketulan batu.

“Ketika mendapatkan rawatan, suami menjual satu buah pinggang tanpa pengetahuan saya kerana dalam keadaan tidak sedar akibat dibius,” katanya mengimbau kembali kejadian itu.

Hari ini beliau terkejut selepas mengetahui satu buah pinggangnya sudah dijual suaminya kemudiannya membuat laporan polis terhadap suaminya Prasant Kundu pada Rabu, lapor Times of India.

Doktor yang menjalankan pemeriksaan lanjut kemudian mengesahkan satu buah pinggangnya sudah tiada.

Menurut Ranjita lapan bulan lalu, suami pergi ke Andhra Pradesh untuk bekerja dan bernikah dengan wanita lain di sana.

“Kakak ipar pula kerap menyeksa saya dan sentiasa menyokong segala keputusan suami,” katanya.

Dia berkata, suaminya kini tidak lagi menjenguk dia dan dua anak mereka.

“Sekarang, saya tinggal di rumah ibu bapa dan kini tampil untuk mendapat keadilan,” katanya.

Polis Malkangiri mengesahkan laporan yang dibuat wanita terbabit dan siasatan lanjut sudah dijalankan.

Baca juga: Juruterbang helikopter hilang semalam ditemui maut di Hutan Simpan Chikus

Baca juga: Sedekah belon setiap hari pun boleh dapat rezeki limpah ruah