Malaysia Dateline

Gelandangan hias kaki lima jejantas sebagai bilik tidur, siap sangkut langsir

Sebuah jejambat pejalan kaki yang dibina pihak berkuasa untuk kegunaan orang awam dilaporkan telah diubah dan dihias oleh seorang gelandangan untuk dijadikan bilik tidur.

Lapor Agensi, kaki lima jejambat itu cuba dijadikan kawasan kediaman seorang gelandangan yang tinggal di wilayah tengah Thailand, Ayutthaya.

Bilik itu dilengkapi dengan  katil yang diperbuat daripada bekas polisterin putih bersama bantal dan langsir untuk melindungi gelandangan tersebut daripada cahaya matahari.

Perkara tersebut didedahkan seorang pengguna TikTok yang kemudian menyebabkan ‘kediaman’ tersebut dimusnahkan pihak berkuasa, lapor berita Agensi.

Gambar kredit Kosmo!

Cawan plastik juga dilihat diletakkan di atas lantai yang menghadap tangga sebagai persiapan sekiranya ada orang ingin memberi wang kepada gelandangan itu untuk membeli makanan.

Sebilangan netizen yang tinggal berhampiran jejambat itu berkata, mereka berasa janggal kerana berasa seperti berjalan di dalam rumah seseorang.

Seorang pegawai dari Daerah Lebuhraya Ayutthaya, Thawat Changtham, memberitahu media bahawa pegawai polis memusnahkan ‘bilik’ itu bagi menyediakan ruang yang bersih dan selamat untuk pejalan kaki.

Baca juga: Peminta sedekah bersepah dekat tengah jalan, netizen tak tahan gelak tengok ramai-ramai patah tengkuk

Baca juga: Terus meningkat, hampir 100,000 sokong petisyen ‘Najib tidak wajar diampun’