Malaysia Dateline

Geli tengok bantal warna kuning, banyak ‘peta’? Anda boleh bersihkan dengan 3 langkah ini

Anda geli tengok bantal warna kuning serta banyak ‘peta dunia’? Jangan dibuang kerana ada tiga cara yang boleh bersihkan bantal anda kembali putih bersih.

Bantal yang dibeli biasanya berwarna putih walaupun kita menggunakan sarung bantal, ia mudah kotor dan menjadi kuning akibat peluh dan kotoran lain.

Membersihkan kotoran kekuningan itu bukan perkara mudah kerana sabun pencuci biasa tidak mampu menghilangkan kesan itu dan biasanya ramai hanya menjemur bantal di bawah cahaya matahari yang kononnya dapat mematikan kuman pada bantal.

Tidak perlu cemas, ada beberapa cara boleh digunakan untuk menghilangkan kotoran kuning pada bantal dan cara mencegahnya.

Cara menghilangkan kotoran kuning pada bantal

Geli tengok bantal warna kuning, banyak 'peta'? Anda boleh bersihkan dengan 3 langkah ini
Bantal menjadi kuning kerana beberapa sebab antaranya peluh, air liur dan juga minyak serta titisan air dari rambut

Sebenarnya terdapat beberapa perkara yang membuatkan bantal menjadi kuning seperti peluh, air liur atau minyak dan tetesan air dari rambut.

Selain serbuk pencuci, anda boleh menggunakan cecair cucian badan atau syampu untuk menghilangkan kesan kotoran itu.

Caranya juga mudah, hanya dengan menyapu cecair itu pada kesan kotoran dan rendam di dalam air panas selama setengah jam.

Gunakan baldi besar untuk merendam bantal anda agar memudahkan anda memijak bantal yang direndam dalam cecair badan atau syampu bagi mengeluarkan kotoran yang melekat sebelum dibilas dengan air bersih.

Cara lain adalah merendam bantal anda dalam larutan campuran air dan cuka selama sejam dan kemudian mencucinya seperti biasa menggunakan mesin basuh.

Kesan kuning pada juga bantal boleh dihilangkan dengan melakukan beberapa cara lain, termasuklah;

  1. Menggunakan pemutih pakaian – Anda hanya perlu memasukkan sedikit pemutih ke dalam air lalu rendam bantal selama 15 menit.
  2. Menjemur bantal di bawah sinar matahari selepas dicuci – cara ini boleh memutihkan sarung bantal kerana sinaran matahari membuatkan kain berwarna pudar.
  3. Menggunakan soda bikarbonat – Anda boleh menambahkan soda bikarbonat ketika mencuci.

Selamat mencuba.

Baca juga: https://malaysiadateline.com/inisiatif-selangor-tubuh-kelab-ibu-tunggal-harap-dapat-dilaksanakan-di-kelantan/