Malaysia Dateline

Generasi inikah yang Mat Kilau perjuangkan dulu? Pengacara ini kritik ‘content creator’

Pengacara Hazeman Huzir atau lebih dikenali sebagai Haze lantang berpendapat pahlawan Mat Kilau tidak memperjuangkan generasi yang terkejar-kejar buat ‘content’ tidak bermanfaat.

Bekas pengacara program Motif Viral itu menegaskan terdapat penghasil kandungan atau ‘content creator’ yang mencipta kandungan ‘bodoh’ untuk dimuatnaik di media sosial.

“Generasi ni ke yang Mat Kilau perjuangkan dulu? Makin lama berebut mahu jadi bodoh.

“Generasi yang terkejar-kejar buat content… Kalau boleh, lagi bodoh, lagi bagus. Memang generasi kita dah tidak mahu jadi pandai ke?” soalnya menerusi TikTok beliau.

Teguran Haze itu ekoran wujud lambakan ‘content’ di media sosial yang bodoh dan tidak berguna kepada masyarakat ketika filem pecah panggung, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan menjadi fenomena.

Filem genre epik yang diterajui Datuk Adi Putra sebagai Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau itu mengaut lebih RM71.27 juta selepas 21 hari tayangan.

Baca juga Ketika ‘Mat Kilau’ gegar pawagam, pengkaji sejarah ini impikan Perang Musuh Bisik pula difilemkan