Malaysia Dateline

Graduan berani buka silat masa ambil skrol cuit hati orang ramai

Gelagat seorang graduan dalam sebuah majlis konvokesyen yang berlangsung baru-baru ini mencuri perhatian netizen apabila dia sempat bersilat di atas pentas sebelum menerima skrol.

Graduan berkenaan yang tiba-tiba membuka langkah silat membuatkan tetamu yang hadir terkejut dan membuatkan Naib Canselor tersebut turut terhibur.

Difahamkan graduan tersebut merupakan pelajar terakhir yang menerima skrol hari itu dan video tersebut diambil pada majlis konvokesyen Universiti Selangor (UNISEL) yang diadakan di Kampus Bestari Jaya hujung minggu lepas.

Tambah mencuit hati, Naib Canselor juga sporting dengan turut melayan graduan berkenaan.

Di akhir video itu, Naib Canselor melakukan aksi menjulang buku skrol dan mengangkat tangan tinggi-tinggi diikuti tepukan gemuruh para tetamu.

Video pendek yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @swimiss.academy itu mendapat respon yang positif dari netizen dan ramai yang memuji keberanian graduan tersebut melakukan persembahan silat dalam acara formal.

Baca juga; Produksi pakat kumpul saham dosa, ramai pelajar sekolah gilakan drama Melayu babak ‘soft porn’

Baca juga: Filem animasi Disney Lightyear ada unsur LGBT, petisyen pengharaman dilancar