Gambar Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim bergunting rambut petang semalam telah menjadi antara gambar yang tular.
Rupa-rupanya, bukan Anwar sahaja yang bergunting rambut semalam, gambar dua lagi pemimpin kanan PH juga turut tersebar di media sosial sejak malam tadi.
Mohamad Sabu (Presiden AMANAH) dan Adly Zahari (Naib Presiden AMANAH) bergunting rambut juga turut viral.
Sementara itu, turut viral adalah gambar beberapa pemimpin kanan Perikatan Nasional (PN) yang dilihat sedang berbincang dalam keadaan wajah yang monyok.

“Netizan sangat gemar gambar-gambar yang macam ini kerana ia melambangkan mood menjelang pembentukan kerajaan sekarang selepas selesai mengundi,” kata seorang penganalisis politik.
PH dan PN masing-masing mendakwa mempunyai angka yang cukup untuk membentuk kerajaan.
Selepas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan partinya tidak membuat sebarang rundingan dengan PN untuk membentuk kerajaan, Pengerusi PN mengumumkan beliau mendapat 20 akuan bersumpah (SD) dari ahli Parlimen BN menyokong beliau.
Sejak itu, peperangan gesture dilihat berlaku di media sosial.
Gambar Anwar, Mohamad Sabu dan Adly Zahari pergi gunting rambut menjadi modal penyokong PH.
Mereka juga menyebarkan gambar ‘mood’ tidak baik dalam kalangan pemimpin PN.
BACA JUGA Sabar, doakan yang terbaik, kata Anwar di tengah kecoh pembentukan kerajaan