Gunung berapi ‘meletus’ muntahkan lumpur di Lahad Datu, ini penjelasan pakar geologi

Oleh NASUHA RAHMAN

Gunung berapi dilaporkan telah ‘meletus’ dan memuntahkan lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu semalam adalah satu fenomena biasa.

Menurut pakar geologi Sabah Prof Dr Felix Tongkul fenomena letusan gunung berapi lumpur itu adalah perkara biasa yang berlaku apabila tekanan lumpur dalam bumi meningkat dan perlu dilepaskan.

“Keadaan ini berulang bila tekanan terkumpul pada sesuatu masa tertentu. Kejadian volkano lumpur seperti ini (lebih aktif) kadang-kadang berlaku semasa kejadian gempa bumi,” katanya dipetik Harian Metro.

Terdahulu, Video kejadian itu tular di media sosial malam ini, dipercayai selepas dimuat naik oleh individu yang kebetulan berada berhampiran lokasi gunung berapi lumpur terbabit.

Fenomena letusan gunung berapi lumpur di Tabin Wildlife Reserve yang berlaku pada jam 10 pagi tadi sempat dirakam oleh En. Rafel Suzie Rachel. Dikatakan letusan itu hampir setinggi 20 kaki.

Kemudian dikongsi netizen di laman Facebook masing-masing dengan kebanyakan komen menyuarakan ketakjuban mereka terhadap fenomena berkenaan.

Fenomena itu dikaitkan berlakunya gempa bumi memandangkan kejadian gegaran semula jadi sudah menjadi perkara biasa di Sabah terutama selepas gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 skala Richter berpusat di Gunung Kinabalu pada 2015.

Gunung berapi 'meletus' muntahkan lumpur di Lahad Datu, ini penjelasan pakar geologi
#image_title

Kewujudan gunung berapi lumpur bukan sesuatu yang baharu di Sabah, malah selain di Tabin, ia juga boleh ditemui di daerah lain dengan antara yang popular di Taman Pulau Tiga, Kuala Penyu.

Malah, Pulau Tiga yang kini menjadi tarikan pelancongan di Sabah dikatakan terbentuk hasil daripada letusan gunung berapi lumpur pada 1897 berikutan gempa bumi di Mindanao, selatan Filipina.

Kewujudan gunung berapi lumpur atau garuok dalam kalangan masyarakat Sabah, menyebabkan kawasan limpahan lumpur itu semakin luas.

Antara kawasan yang dikesan wujud gunung berapi lumpur itu ialah Kampung Tanjung Aru, Menumbok dan di Kampung Tenambak yang jaraknya kira-kira 40 kilometer dari Kampung Tanjung Aru, Kunak dan Tabin di Lahad Datu di kawasan pantai timur.

Sejak berpuluh-puluh tahun, gunung berapi lumpur itu aktif mengeluarkan lumpur panas yang dipercayai bercampur bahan kimia lain termasuk sulfur dan melimpah ke kawasan sekeliling.

Jika dikorek, garuok akan membentuk takungan berlumpur dan boleh dijadikan lokasi mandi lumpur kepada mereka yang mempercayai kebaikannya iaitu untuk mencantikkan dan mengubati penyakit kulit.

Baca juga: PRU di musim banjir: Umno sudah terpisah jauh dari realiti kehidupan rakyat, kata Rafizi

Baca juga: Kes amang seksual pendakwah selebriti dirujuk kepada TPR