Malaysia Dateline

“Macam tu je habis duit” – Rakyat tak gembira kerajaan belanja RM5 juta untuk kempen Keluarga Malaysia

Pada semalam, kerajaan memberitahu telah membelanjakan sebanyak RM5 juta untuk menjayakan kempen Keluarga Malaysia.

RM5 juta itu merangkumi pelbagai aspek pengiklanan dan promosi seperti menghasilkan brosur, video pendek, rakaman audio, slot televisyen, medium percetakan dan hebahan di media sosial.

Bagaimanapun nampaknya pengumuman tersebut tidak mendapat respon yang baik dari rata-rata pengguna media sosial di Twitter dan Facebook.

Mereka melihat kerajaan membelanjakan jumlah wang yang besar hanya untuk propaganda kerajaan yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Selain itu, Kebanyakan mereka bersetuju bahawa dana untuk propaganda adalah satu pembaziran wang cukai rakyat yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat memerlukan.

Malah, kerja-kerja di bawah kempen Keluarga Malaysia itu juga tidak terperinci menyebabkan mereka merasa boleh berlaku ketirisan dalam pembahagian perbelanjaan tersebut.

"Macam tu je habis duit" - Rakyat tak gembira kerajaan belanja RM5 juta untuk kempen Keluarga Malaysia

“RM5 juta duit rakyat dibelanjakan untuk propaganda bangang dan logo hodoh Keluarga Malaysia.

“Banyak lagi benda lain boleh digunakan untuk rakyat tapi dibazirkan untuk propaganda,” komen pengguna Twitter.

Emosi sama turut ditunjukkan rata-rata pengguna Facebook yang dilihat tidak gembira dengan pengumuman tersebut.

Mereka berkata, bukan keseluruhan rakyat mendapat manfaat daripada kempen Keluarga Malaysia tetapi hanya segelintir yang terlibat saja.

Memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) juga semakin hampir, rakyat menganggap perbelanjaan yang menelan jutaan ringgit itu juga tidak wajar.

Kempen Keluarga Malaysia RM5 juta

Sebelum ini pernah tular video Keluarga Malaysia yang mendapat kritikan orang ramai kerana penerangan tentang isu kenaikan harga minyak masak seperti penerangan cap ayam.

Rakyat Malaysia juga mengkritik penyampaian video berkenaan dan meluahkan rasa marah dengan kualiti video dari Keluarga Malaysia yang dianggap seolah sudah tiada ‘bajet’.

Baca juga: “Penerangan cap ayam!” – Video Keluarga Malaysia borak pasal harga minyak masak, kena ‘troll’ dengan netizen

Baca juga: Hilang sudah hampir setahun, bekas personaliti TV3 era 90-an masih belum ditemui