Malaysia Dateline

“Hak wanita semakin mundur” – Amber Heard balas lepas dapat tahu Johnny Depp buka akaun TikTok

Pada semalam Johnny Depp memuat naik satu kapsyen di akaun TikTok mengatakan maju kehadapan (going forward) selepas memenangi kes saman fitnah terhadap aktres Amber Heard.

Bagaimanapun Heard mempertikaikan kapsyen tersebut dengan mengatakan selepas ini hak wanita akan semakin mundur dan kebelakang.

Heard berkata, kemenangan bekas suaminya itu menyebabkan semua mangsa keganasan rumah tangga akan hidup dalam ketakutan dan tidak berani bersuara.

Jurucakap Heard mengeluarkan kenyataan tersebut bagi pihak Heard mengenai debut Depp di TikTok.

“Seperti yang Johnny katakan, dia akan bergerak ke hadapan sedangkan realitinya, ia menolak hak wanita ke belakang.

“Mesej keputusan yang berpihak kepada Johnny buat mangsa keganasan rumah tangga adalah untuk hidup ketakutan dan tidak berhak bersuara selamanya,” tulis kenyataan itu seperti yang dilapor Agensi.

Depp sebelum itu mengesahkan pembukaan akaun media sosial di TikTok dan mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyokongnya sepanjang perbicaraan kes fitnah menentang Heard.

Setakat semalam, aktor itu sudah meraih lebih 7.5 juga pengikut.

Dilaporkan, Heard kemungkinan tidak dapat membayar pampasan bernilai AS$10.35 juta (RM45.39) juta kepada Depp.

Heard juga dilaporkan akan membuat rayuan terhadap keputusan juri Amerika Syarikat (AS) yang memihak kepada bintang Pirates Of The Caribbean itu dalam perbicaraan kes saman fitnah panjang yang berakhir 1 Jun lalu.

Baca juga: Pertama kali buka akaun TikTok, Johnny Depp sudah ada 7.5 juta pengikut seluruh dunia