Baru-baru ini, kecoh video seorang jurulatih bola tampar yang bertindak menampar dua pemainnya semasa Kejohanan Bola Tampar Bawah 14 tahun.
Insiden yang berlaku di Kota Tinggi, Johor itu telah mengundang amarah rakyat Malaysia kerana pemain yang terlibat itu adalah remaja perempuan.
Walaupun telah membuat permohonan maaf secara terbuka, rakyat masih ingin jurulatih yang melampaui batas menerima hukuman yang berat agar kejadian ini tidak berulang lagi.
Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengumumkan lesen kejurulatihan guru yang bernama Saiful Hadee Amar itu telah dibatalkan.
“Majlis Sukan Negara dan MAVA kedua-duanya telah memuktamadkan siasatan mereka yang mana secara sebulat suara memutuskan bahawa jurulatih itu sepatutnya hilang kelayakan daripada menjadi seorang jurulatih,” katanya.
Menurutnya, sebagai langkah awal, jurulatih sukan yang berumur 44 tahun itu juga tidak lagi dibenarkan menjadi jurulatih sukan bola tampar termasuk untuk murid sekolah.
Respons pantas Hannah mengumumkan keputusan dibuat Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) melalui Jawatankuasa Perundangan dan Disiplin itu mendapat pujian orang ramai khususnya di laman aplikasi Twitter.
“Hanya bayangkan jika saya berada di tempat @hannahyeoh telah membuatkan saya rasa penat. Saya nampak anda YB dan merasai tenaga anda. Teruskan buat apa yang anda lakukan, kerana ianya amat bagus,” kata seorang pengguna bernama Azimpian.
“Kerja yang bagus. Akhirnya menteri yang kompeten”, kongsi pengguna lain yang turut bersetuju.
Untuk rekod, sijil yang ditarik semula adalah Sijil Kejurulatihan Bola Tampar Tahap 1 (Sukan Spesifik) dimana cikgu hadi tidak pernah membuat permohonan bagi lesen kejurulatihan Skim Perlesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK) sebagai pengiktirafan Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK).
Baca juga: 19 tahun berumah tangga, Faizal Hussein tidak pernah terlibat dengan gosip orang ketiga