Tidak dinafikan sesuatu barangan yang dimiliki oleh individu ternama mesti ada ‘sentimental value’ walaupun ia hanya sandal kulit yang sudah lusuh.
Tahukah anda, sandal kulit yang sudah lusuh milik pengasas Apple, Steve Jobs dijual pada harga RM990,000 dalam satu laman web lelongan.
Ia adalah sandle berjenama suede Birkenstocks itu mencatatkan rekod harga tertinggi yang pernah dibayar untuk lelongan sepasang sandal.
Sebelum ini, sandal Arizone suede coklat itu dijangka terjual pada harga RM270,000 sahaja, namun lebih menakjubkan ia terjual pada harga RM990,000, lapor CNN.
Jobs dikatakan telah menggunakan sandle itu denga baik dan berada dalam keadaan masih kukuh walaupun ia nampak sudah lusuh.
Sandal itu pernah dipakai oleh Jobs sekitar tahun 1970-an hingga 1980-an sebelum dia meninggal dunia pada 2011 akibat komplikasi daripada kanser pankreas.
Tapak sandal itu telah meninggalkan kesan kaki Steve Jobs yang dibentuk selepas bertahun-tahun digunakan.
Namun begitu, sandal berjenama Birkenstocks itu sempat diselamatkan oleh bekas pengurus rumah Jobs, Mark Sheff daripada dibuang ke dalam tong sampah semasa kediaman tersebut dibersihkan.
Sementara itu, Ketua Pengawai Eksekutif dan pengasas Julien’s Auctions berkata, Birkenstocks dipakai oleh Jobs ketika dia mencipta sejarah dalam pembuatan komputer Apple dan merupakan ‘tandatangan kekal’ bagi ikon untuk teknologi itu.
Baca juga: Sebab apa Takiyuddin kena pancing BN untuk tumpang jadi kerajaan?
Baca juga: Demi nak kurus, wanita ini sanggup ikat mulut dengan wayar pelangsing