Pemimpin veteran Umno, Tan Sri Shahrir Samad menegur Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin supaya memberi tumpuan kepada isu nasional.
Beliau meminta agar Presiden Bersatu berkenaan tidak hanya mengkritik Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam masa sama, Shahrir mempersoalkan sama ada Ahli Parlimen Pagoh itu hanya mahukan jawatan Perdana Menteri.
“Sepatutnya (Muhyiddin) jadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, tak hendak. Hanya layak jawatan PM ke?
“Putrajaya lagi ‘best’ kot. Macam kerajaan Langkah Sheraton, Tan Sri (Muhyiddin) jadi PM. Jadi PM tanpa PRU (pilihan raya umum) dan tak perlu pada Parlimen,” katanya dalam Facebook.
Terdahulu, Mahiaddin dilapor mendakwa bahawa Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) melakukan ‘penipuan pilihan raya paling besar’ dan Jemaah Menteri ‘paling mengecewakan dalam sejarah.’
Mengulas lanjut, Shahrir yang juga bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu mendakwa, Mahiaddin membuat kenyataan sedemikian berikutan kekalahan teruk PN pada pilihan raya di Johor.
“Kesian (Kasihan), beginilah jadinya apabila tiada lagi butang nak ditekan di Johor. PN di Johor ada 3 ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) dan 2 MP (Ahli Parlimen) je (saja).
“Lupakan Johor. Fokus pada nasional,” tambahnya lagi.
Baca juga Tunggu malam ini, Anwar akan umum senarai timbalan menteri
Baca juga Nak kurus sangat, wanita patah empat tulang rusuk lepas batuk kuat