Malaysia Dateline

Harga tiket AFF, semua dapat merasa turun ke RM30

Selepas menerima pelbagai reaksi daripada penyokong Harimau Malaya, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan ini mengumumkan bahawa harga tiket bagi dua perlawanan peringkat kumpulan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 menentang Laos dan Singapura akan diturunkan serendah RM30.

Tiket Terbuka yang sebelum ini berharga RM50 dan RM45, kini diturunkan ke RM30; tiket Premium yang sebelum ini berharga RM70 dan RM60, kini diturunkan ke RM50; tiket Grandstand yang sebelum ini berharga RM100 dan RM70, kini diturunkan ke RM60; manakala tiket kanak-kanak (6-12 tahun) yang sebelum ini berharga RM10, kini diturunkan ke RM5.

Berikutan di Facebook Menteri Belia Sukan Hannah Yeoh sedang berusaha mengurangkan harga tiket namun beliau mohon pertimbangkan pengurangan harga tier ‘terbuka’ dikurangkan.

“Supaya boleh meningkatkan kehadiran peminat sukan dan mempromosikan budaya sukan sekeluarga,” kata beliau.

Dalam pada itu, menurut salah seorang peminat Hannah Yeoh menyifatkan tindakan Hannah walaupun ada mempunyai kuasa tetapi usaha terbaik.

“Nampak tak peranan seorang yang ade kuasa…terbaik Menteri KBS Hannah Yeoh dan Timbalan Menteri yang pro kehendak rakyat, bukan kehendak kapitalis,” kata Muhammad Suafi Miad.

Menurut Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin peningkatan harga tiket bagi edisi 2022 ini berbanding edisi 2018 terpaksa dibuat oleh FAM disebabkan peningkatan kos-kos berkaitan dalam tempoh empat tahun ini termasuk kos pengurusan dan penganjuran perlawanan.

Selepas mengambil kira keluhan penyokong, FAM semalam telah mengumumkan untuk penurunan harga tiket asal berkenaan kepada RM45 bagi tempat duduk terbuka, RM60 tempat duduk Premier dan RM70 tempat duduk Grandstand, namun rata-rata penyokong masih mengharapkan penurunan harga yang lebih.

“Saya yang kini berada di Doha, Qatar terpanggil untuk meneliti semula perkara ini dan telah mengarahkan sekali lagi kepada Jawatankuasa Tiket dan Stadium FAM yang dipengerusikan oleh Naib Presiden FAM, Dato’ Posa Haji Majais supaya mendapatkan juga solusi terbaik dalam memastikan situasi menang-menang dapat dicapai di antara FAM dan penyokong.

“Selepas pelbagai pandangan, penelitian dan perincian dibuat, maka Jawatankuasa Tiket dan Stadium FAM telah bersetuju dengan cadangan saya supaya harga tiket berkenaan dikurangkan lagi bagi memastikan ia dapat diterima oleh semua penyokong.

“Sebagai Presiden FAM, saya perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya yang mana kita mahu peningkatan prestasi yang ditunjukkan oleh skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon ketika ini dapat berjalan seiring dengan sokongan padu kehadiran penyokong di stadium pada setiap perlawanan.

“Saya juga berprihatin dengan keadaan ekonomi semasa yang masih tidak stabil dan mengambil kira juga majoriti penyokong bola sepak adalah daripada golongan B40 yang mana pengurangan harga tiket kepada serendah RM30 ini diharap mampu menggalakkan lagi kehadiran penyokong ke stadium di sepanjang kempen Piala Mitsubishi Electric AFF 2022,” katanya.

Akhir kata, beliau menjemput dan mengalu-alukan kehadiran lebih ramai penyokong Harimau Malaya untuk sama-sama membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 24 Disember ini bagi perlawanan menentang Laos dan pada 3 Januari depan bagi perlawanan menentang Singapura.

“Semoga kehadiran lebih ramai penyokong ini akan dapat meningkatkan lagi prestasi, semangat dan persembahan barisan pemain Harimau Malaya. Semua ini adalah demi lencana di dada,”katanya.

Baca juga: Meja kemas: MB Terengganu goyang kaki, duit royalti ‘free’ sejak tahun 2019

Baca juga: Protes terhadap Anwar? Ramai tertanya betul ke ‘Gelombang Hitam’ bakal digerakkan 18 Disember ini?