Malaysia Dateline

‘Hati macam disiat-siat tengok adik Aqish semuda 5 tahun kena hadap bapa yang keji’

“Rasa disiat-siat hati ni bila dapat tahu rupanya masa umur Aqish semuda ini kena hadap bapa yang keji,”.

Siapa yang tidak kenal dengan ratu air mata, Puteri Balqis atau lebih mesra dikenali sebagai Aqish. Sejak kebelakangan ini nama pelakon berbakat besar itu sering menjadi sebutan bermula dengan penglibatan semula dalam dunia lakonan setelah beberapa tahun tidak terlihat di mana-mana kaca TV.

Aqish mula diperkatakan lagi apabila dirinya dilihat tampil dengan gaya yang sangat seksi dan ‘daring’ menurut pengikutnya. Kecaman demi kecaman datang bertalu-talu pada Aqish.

Nama Aqish sekali lagi menjadi bualan apabila pada semalam dia membuat pendedahan yang amat mengejutkan ramai tentang perbuatan bapa kandungnya sendiri yang memberi kesan mendalam pada dirinya.

Menerusi sesi podcast bersama Brosgangtv di YouTube pada semalam, Aqish mengakui kehidupannya sejak kecil dibayangi sikap bapa kandung yang tidak bertanggungjawab dan bernafsu binatang.

Aqish memulakan cerita dengan mendakwa bapanya itu seorang pemalas dan tidak pernah bekerja.

“Kalau untuk interview lain Aqish tak akan cakap. Aqish nak luahkan semua sebab ramai yang letakkan kesalahan pada mak. Ayah Aqish seorang yang pemalas, tak bekerja dan 24 jam main game. Dia tak pernah ambil tahu kalau rumah dah bayar, kereta dah bayar. Dia tak bekerja langsung dan tak pernah ambil untuk didik Aqish in any sort of education.

“Bila mak Aqish minta ajar Aqish baca Al Quran, kami dua akan kena sepak. Benda tu memang biasa. Apa paling teruk bila Aqish ingat balik.. Dia masa keluar dengan kawan-kawan dia dekat kedai mamak, dia akan buka porn kuat-kuat for all his friends to hear dan dia akan gelak macam tengah tengok kartun.

“Dia akan suruh Aqish tengok sekali. Ketika itu Aqish lima tahun. Bila mak sakit, dia tak kisah. Dia akan masturbate dekat tepi. Kalau dalam kereta dia akan masturbate depan kita orang. Kalau tengah mandi, dia akan terus masuk.

“Dia pandai manipulate. Dia nampak sangat angel. Dari muka ke perangai depan orang sangat angel. Orang tak akan tahu dia cium saya, dia raba saya. Bila saya tengah belajar, dia akan suruh saya masuk bilik.. Banyak benda dia buat mak saya kena tanggung sampai sekarang,” luahnya.

Pengakuan tersebut benar-benar mengejutkan apatah lagi apabila dia membongkar banyak penganiayaan dilakukan bapa kandungnya itu.

Dia juga mendakwa selama dia membesar, bapanya cuba menghasutnya mengatakan ibunya jahat dan ia berjaya mempengaruhi Aqish sehingga dia merasa serba salah pada ibunya.

Susulan pendedahan tersebut, ramai meluahkan rasa simpati terhadap apa yang dihadapi pelakon itu dan menganggap perbuatan buruk dari seorang bergelar bapa telah merosakkan seorang anak.

Baca juga: Gah bergelar negara maju, tapi rakyat Singapura makin terhimpit krisis kenaikan harga

Baca juga:Wanita PH perkenal struktur kepimpinan baharu, ikrar 5 resolusi perkukuh jentera menangi PRU15