Malaysia Dateline

Helikopter bawa pegawai perubatan terhempas, 6 mangsa selamat, seorang patah tulang paha

Sebuah helikopter dengan enam penumpang dilaporkan selamat selepas terhempas di Brinchang, Cameron Highlands kira-kira pukul 1.15 petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari tadi, semua mangsa terbabit iaitu lima pegawai perubatan dan seorang juruterbang dilaporkan selamat, namun mengalami kecederaan susulan pendaratan cemas yang terpaksa dilakukan akibat cuaca buruk.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan kejadian itu.

“Itu yang kami terima setakat ini. Kesemuanya selamat,” katanya ringkas memetik Bernama.

Helikopter milik syarikat swasta itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke Ipoh, Perak dari Lojing, Cameron Hihglands.

Dalam kejadian ini, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Tapah memaklumkan tiga mangsa cedera parah, manakala tiga lagi dilaporkan cedera ringan termasuk juruterbang yang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut maklumat dari Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, salah seorang dari enam mangsa mengalami kecederaan patah tulang paha.

Kesemua mangsa bagaimanapun sudah menerima rawatan awal di tempat kejadian sebelum dikeluarkan ke tempat selamat dan operasi masih berjalan.

Baca juga: Anak Allahyarham Nik Aziz bertanding atas tiket PH di Perak

Baca juga: “Berulang kali kakak minta maaf, kakak tak sengaja”, ibu cerita semula insiden kakak tertikam adik