Malaysia Dateline

Hentikan tular gambar tiga individu kemalangan renjatan elektrik

Tiga individu dipercayai adik-beradik telah maut akibat terkena renjatan elektrik di luar rumah mereka.

Rumah yang diduduki itu dilanda banjir di Kampung Bendang Surau dekat Morak, di sini, pagi tadi.

Kesemua mangsa berusia di antara 20 hingga 27 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian itu, kira-kira 11.45 pagi.

Difahamkan, seorang daripada mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah sebelum terkena pula kepada dua adiknya turut berada di hadapan rumah.

Ahli keluarga mangsa, Mohd Amin Mohd Nazir, 25, ketika ditemui mengesahkan kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Penerangan Wanita Keadilan Suzana Shaharudin berkata kejadian kemalangan renjatan elektrik di Kelantan yang mengorbankan nyawa tiga beradik pada pagi tadi adalah amat mendukacitakan.

Katanya, tiga beradik perempuan maut berusia antara 20 hingga 27 tahun dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah rumah yang ditenggelami air di Kampung Bendang Surau dekat Morak, di Tumpat.

“Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

“Wanita Keadilan mendapati video-video mangsa kemalangan renjatan elektrik telah tular di laman-laman sosial.

“Dan mengesa supaya penularan video ini dihentikan demi menghormati perasaan serta memberi ruang kepada keluarga mangsa untuk menangani insiden menyayat hati ini,”katanya.

Baca juga: Ramli, Alice Lau dilantik Timbalan Speaker Dewan Rakyat