Malaysia Dateline

Hujan lebat tangah malam tadi, 11 lokasi di Selangor dinaiki air

Hujan lebat yang turun di sejak tengah malam tadi mengakibatkan 11 lokasi di Selangor dinaiki air, ekoran itu sebanyak 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka.

Antara kawasan yang dinaiki air adalah di Jalan Kampung Landasan Bukit Kuda dan Taman Sentosa, Klang; Kampung Sri Aman dan Putra Height Harmoni 1, Puchong; Taman Chi Liung, Teluk Pulai dan Taman Maznah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, turut dikesan di Taman Pasir Mas, Jalan Seroja, Jalan Reko dan Taman Teknologi Kajang, Kajang; Bukit Lanchang, Taman Sri Muda dan Jalan Kebun, Shah Alam serta Kampung Sungai Pening dan Sungai Lalang, Semenyih.

Norazam berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, menerima beberapa panggilan banjir pada jam 12.26 tengah malam.

“Seramai 130 pegawai dan anggota Bomba dan Penyelamat dengan aset logistik membabitkan 20 bot, empat lori, 10 utiliti dan lapan jentera digerakkan ke semua lokasi banjir dan tanah runtuh,” katanya.

Norazam berkata, sehingga jam 3.30 pagi, lebih 31 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air.

“Tiga PPS berkenaan dibuka di Masjid Kampung Johan Setia, Bandar Bukit Tinggi 2 dan Sekolah Kebangsaan Ulu Semenyih,” katanya.

Beliau berkata, kenaikan air yang paling dalam dikesan di pada paras 0.6 meter di Jalan Landasan Kampung Bukit Kuda, Klang, manakala bacaan air terendah dikesan pada paras 0.3 meter di sekitar Taman Sri Muda, Jalan Kebun dan Kampung Bukit Lanchong.

Baca juga: Marang dan Batu 6 dua kawasan ‘tanah haram’ di Terengganu? Parti lain dilarang pacak bendera

Baca juga: PRU-15: Kematian calon Padang Serai, SPR adakan mesyuarat khas Jumaat ini