Malaysia Dateline

Hujan tak berhenti Bandar Permaisuri dilanda banjir paling buruk

Hujan tidak berhenti telah melanda Bandar Parmaisuri di mana ia merupakan banjir paling buruk sehingga kini habis segala harta benda tidak dapat diselamatkan.

Bukan itu, saje ramai penduduk mula mencari tempat perlindungan sementara terutama daripada pihak kebenaran,

Penduduk yang terperangkap akibat banjir diselamatkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Kampung Balik Bukit malam ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, sehingga 8 malam ini, seramai 3,785 mangsa melibatkan 1,068 keluarga ditempatkan di 76 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tujuh daerah iaitu daerah Kuala Terengganu, Kemaman, Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Marang dan Setiu.

Keadaan jalan utama yang terputus hubungan akibat banjir semasa tinjauan malam ini.

Manakala penduduk yang terperangkap akibat banjir diselamatkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Kampung Balik Bukit malam ini

Khemah untuk mangsa banjir disediakan bagi memastikan mereka berada dalam keadaan selesa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Perpustakaan Awam Daerah Setiu hari ini.

Menurut sekretariat pengurusan bencana negeri Terengganu, sehingga pukul 4 petang tadi, seramai 1,866 mangsa melibatkan 512 keluarga di tempatkan di 38 pusat pemindahan sementara di enam daerah iaitu daerah Kuala Terengganu, Kemaman, Besut, Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu.

Mangsa banjir melalui proses pendaftaran semasa tiba di sana di Perpuskataan Awam Daerah Setiu hari ini.

Pusat bencana negeri memaklumkan seramai 1,866 mangsa melibatkan 512 keluarga di tempatkan di 38 pusat sementara di enam daerah.

Petugas daripada Majlis Daerah Setiu dan Polis Diraja Malaysia mengangkat mesin generator elektrik untuk dibawa ke pusat pemindahan sementara di Kampung Besut yang dilanda banjir hari ini. (Bernama).

Baca juga: Jangan politikkan bencana tanah runtuh, elak remehkan kerja selamatkan nyawa