
Datuk Husam Musa tampil mendedahkan tindakan kerajaan negeri Kelantan memberi sejumlah tanah kepada individu sama.
Bekas Naib Presiden AMANAH itu menjelaskan carian menerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati terdapat empat individu yang disenaraikan sebagai pengarah bagi Syarikat Sindiyan Sdn Bhd.
Mereka ialah Gan Boon Tian, Chai Chun Hee, Roshaimi Razak dan Che Chong Ha.
Mengikut maklumat SSM, Boon Tian dan Chun Hee masing-masing beralamat di Semenyih dan Kajang, Selangor manakala Chong Ha beralamat di Segamat, Johor.
Sementara itu, Datuk Roshaimi yang juga Penasihat Persatuan Pembalak Kelantan (PPK) beralamat di Telok Panji, Kota Bharu, Kelantan.
“Ikut berita bertarikh 25 Feb 2022 – Timbalan Kelantan menyebut peladangan Musang King seluas 7,500 ekar di Gua Musang itu ‘dikendalikan’ oleh Syarikat Sindiyan Sdn Bhd.
“Ikut rekod SSM yang sama, Sindiyan Sdn Bhd ada membuat ‘charge/gadaian’ dari tanahnya di Lojing seluas 9,588 ekar,” dedahnya dalam hantaran di Facebook.
Bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Salor tersebut juga secara sinis bertanyakan sama ada rakyat Kelantan atau syarikat Sindiyan yang meraih keuntungan.
“Bijak Kerajaan Kelantan? Bertuah Rakyat Kelantan atau bertuah Sindiyan?” tempelaknya.
Senarai gadaian Sindiyan mengikut rekod SSM seperti didedahkan Husam adalah seperti berikut:
1. Charge Number : 001
Jumlah Gadaian : 5.46 juta
Tarikh: 26-03-2008
Bank: KUWAIT FINANCE HOUSE (MALAYSIA)
BERHAD
2. Charge Number : 002
Jumlah gadaian : 20 juta
Tarikh : 04-09-2015
Bank : BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD
3. Charge Number : 003
Jumlah gadaian : 36,209,073.00
Tarikh : 08-01-2019
Bank : BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD
4. Charge Number : 004
Jumlah gadaian : 36,209,073.00
Tarikh : 08-01-2019
Bank : BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD
5. Charge Number : 005
Jumlah gadaian : 36,209,073.00
Tarikh : 08-01-2019
Bank : BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD
6. Charge Number : 006
Jumlah gadaian : 36,209,073.00
Tarikh : 28-03-2019
Bank : BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD
7. Charge Number : 007
Jumlah gadaian : 36,209,073.00
Tarikh : 26-04-2019
Bank : BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD
8. Charge Number : 008
Jumlah gadaian : 36,209,073.00
Tarikh : 02-10-2019
Bank : BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD
