Malaysia Dateline

Ibu bayi harapkan bukti rakaman BMW mencilok kerana suaminya pula tuduh langgar belakang

Walaupun kereta ‘BMW Silver’ sudah dikenalpasti namun ibu bayi mengalami pendarahan di kepala masih mengharapkan bukti BMW mencilok dari orang ramai yang merakam kejadian tersebut kerana suaminya pula dituduh langgar belakang BMW berkenaan.

Ibu bayi malang itu Natasya Nadia berharap orang ramai yang merakam kejadian itu menghubungi beliau bagi mengukuhkan kenyataan beliau sekeluarga.

BMW yang dikenal pasti hasil daripada pertolongan netizen turut dikongsi beliau di media sosialnya.

Ibu bayi harapkan bukti rakaman BMW mencilok kerana suaminya pula tuduh langgar belakang
Anaknya usia 4 bulan kini berada di NICU

Menurut Natasya Nadia, dia tidak dapat berkongsi apa-apa maklumat lanjut mengenai kenderaan tersebut atas sebab keselamatan dan mahu membuat laporan polis terlebih dahulu.

“Alhamdulillah ramai membantu. Terima kasih saya dah dapat nombor kereta tersebut. Saya takdapat kongsi atas seba-sebab keselamata dan perlu report dahulu.

“Saya patah kaki dan suami tersiat isi lengan. Terima kasih membantu,” kata Natasya.

Natasya masih meminta pertolongan sesiapa yang memiliki ‘footage dashcam BMW yang mencilok dari sisi kereta dia dari kiri ke kanan untuk berkongsi dengannya.

Beliau difahamkan pemandu BMW itu pula telah menuduh suaminya melanggar belakang keretanya.

Terdahulu, Natasya dan suami serta anaknya dalam perjalanan pulang selepas beraya bertukar menjadi tragedi apabila kenderaan mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Plus Sungkai arah selatan.

Difahamkan pemandu BMW berwarna kelabu gelap menyelit secara tiba-tiba dari lorong kiri terus mencelah masuk di hadapan Proton Inspira yang dinaiki mangsa sekeluarga berada di lorong paling kanan pada ketika itu.

Bukan itu sahaja, BMW itu turut menghimpit kereta mangsa sehingga ia berpusing beberapa kali sebelum melanggar penghadang jalan sebelah kiri lebuh raya berkenaan.

Lebih menyedihkan apabila pemandu kereta BMW itu melarikan diri tanpa menghulurkan sebarang bantuan kepada mereka sehingga mengakibatkan bayi lelaki mereka berusia empat bulan tercampak keluar ke tengah jalan.

Ekoran itu mangsa dikenali Natasya Nadia meminta jasa baik orang ramai untuk menguar-uarkan agar sebarang pihak mempunyai rakaman dashcam tentang kejadian tersebut sekaligus menjejaki suspek.

Dalam masa yang sama, dia memaklumkan bayi lelakinya berusia empat bulan itu sedang bertarung nyawa di wad neonatal intensive care unit (NICU) akibat patah tulang pinggul, kedua-dua tulang peha dan pendarahan otak akibat tercampak di tengah lebuh raya.

Baca juga: Kesultanan Sulu rampas aset Petronas tuntut RM63.59 bilion harus dibahas, dijawab Perdana Menteri

Baca juga: Wanita guna visa pelancongan untuk buat Haji dikecam netizen