Malaysia Dateline

Kesultanan Sulu rampas aset Petronas tuntut RM63.59 bilion harus dibahas, dijawab Perdana Menteri

Dua aset Petronas di Luxembourg dirampas oleh Kesultanan Sulu harus dibahas dan dijawab Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri pada sidang Parlimen akan datang.

Ahli Parlimen Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayub telah menghantar satu usul tergempar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Datuk Azhar Azizan berkenaan satu laporan berita tempatan dan antarabangsa terhadap dua anak syarikat Petronas di Luxembourg telah dirampas oleh waris Kesultanan Sulu.

“Perkara ini wajib dijawab Perdana Menteri dan mesti dibahaskan pada sidang Parlimen yang akan datang.

“Rakyat wajar mendapat penjelasan berkaitan perkara ini memandangkan ia adalah aset negara kita,” kata Salahuddin.

Kesultanan Sulu rampas aset Petronas tuntut RM63.59 bilion harus dibahas, dijawab Perdana Menteri
Petronas

Menurut Salahuddin perkara ini adalah serius dan berkepentingan awam yang memerlukan maklumbalas serta penjelasan daripada Perdana Menteri di mana waris Kesultanan Sulu menuntut AS14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada malaysia dengan merampas dua anak syarikat gergasi minyak Malaysia Petronas yang diperbadankan di Luxembourg.

“Perkara ini perlu disegerakan, Perdana Menteri perlu menjelaskan apakah langkah perundangan yang telah dan sedang diambil oleh pejabat Peguam Negara Malaysia dan Petronas berkaitan perkara ini.

“Perdana Menteri juga perlu menjelaskan sekiranya terdapat mana-mana prosiding pelaksanaan lanjutan dan di mana-mana bidang kuasa yang berlakinan masih wujud berkaitan Awad asal bidang kuasa yang telah dikeluarkan oleh Timbangtara Dr Stampa pada 25 mei 2020” katanya.

Rampasan aset syarikat minyak negara oleh pewaris Kesultanan Sulu sebagaimana yang dilaporkan Financial Times.

Laporan agensi yang berpangkalan di London itu menyatakan pewaris kesultanan Sulu telah merampas dua anak syarikat gergasi minyak Malaysia, Petronas yang diperbadankan di Luxembourg.

Waris kesultanan Sulu sebelum ini dilapor menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia melalui satu prosiding timbang tara antarabangsa di Madrid, Sepanyol.

Proses timbang tara itu dimulakan sebagai tindak balas kepada tindakan Malaysia memotong pembayaran pajakan tahunan sebanyak RM5,300 kepada kesultanan Sulu pada 2013.

Baca juga: Adakah satu hari nanti rakyat akan serbu Sri Perdana macam Sri Lanka?

Baca juga: Kaji semula harga makanan untuk RMT, seiring dengan kenaikan harga barang