Malaysia Dateline

Ikon pemotoran ‘bahan balik’ program lawak tapi netizen anggap dah ‘koyak’

Seorang TikTokers dikenali sebagai Haqiem Stopa yang telah diangkat oleh Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal sebagai ikon permotoran belia tampil ‘membahan balik’ program lawak yang dianggap menyindirnya.

Menerusi satu siaran langsung yang kemudiannya tersebar di media sosial, Haqiem Stopa ‘menjawab’ setiap babak dan dialog dalam program Muzikal Lawak Superstar Minggu 2 berjudul ‘Ikon Pemotoran’.

“Siapa suruh bagi aku (gelaran) ikon?” bidas Haqiem sebagai reaksinya terhadap aksi lawak oleh kumpulan UBI itu.

Pempengaruh atau ‘influencer’ yang didakwa disaman polis kerana didapati memandu tanpa lesen kenderaan itu juga mengulas jenaka kumpulan UBI yang menyebut tentang lesen kenderaan.

“Saya tak buat lesen, nasi kat rumah abang, habis? Dah habis beras ke kat rumah abang? Dengan lauk-lauk sekali habis ke?” katanya.

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen berpendapat anak muda yang berjalan dengan bantuan tongkat itu sebagai ‘koyak’ dengan pengisian jenaka tersebut.

Dalam masa sama, deretan komentar semasa Haqiem Stopa bersiaran langsung di media sosial itu dilihat banyak jugaa menyebelahinya.

LANJUT MENYUSUL

Baca juga Timbalan Menteri kena kecam selepas benar-benar kagumi ‘mat rempit TikTok’

Baca juga Rakyat Britain digesa mandi 1 minit sahaja untuk jimat air