Satu video tular di media sosial selepas seorang individu tidak dikenali sengaja mencampakkan wang tunai bernilai RM1,000 di sebuah pusat membeli belah semata-mata untuk dijaadikan content di TikTok.
Dalam rakaman berkenaan, individu itu memegang beberapa keping duit not RM100 yang dianggarkan bernilai RM1,000 sebelum mencampakkan dari tingkat atas pusat beli belah.
Video itu tidak menunjukkan reaksi orang awam kerana rakaman terhenti selepas duit dicampakkan.
Sehingga kini tidak tahu apa motif individu tersebut, namun perbuatan itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang tidak bersetuju dengan cara ‘bersedekah’ seperti itu.
Apa kata anda?
Baca juga: Kerajaan import telur ayam untuk pastikan bekalan mencukupi
Baca juga: 2,500 bangkai anjing laut ditemui terdampar, cetus tanda tanya