Malaysia Dateline

Influenza serang kanak-kanak, doktor ini sangat risau ubat tidak ada stok

Demam akibat virus influenza telah menyerang kanak-kanak menyebabkan seorang doktor sangat risau ditambah pula stok ubat cecair tidak ada stok walaupun daripada pembekal yang terbesar.

Melalui aplikasi TikTok yang kini sedang tular di ruangan Whatsapp telah mengundang kerisauan orang ramai terutama ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil.

Dr Hannani Kamarudin melalui TikToknya berulang kali menyatakan kerisauan dengan situasi sekarang apabila ramai kanak-kanak datang ke klinik dengan suhu yang sangat tinggi.

“Sangat merisaukan… keadaan sekarang sangat merisaukan.

Influenza serang kanak-kanak, doktor ini sangat risau ubat tidak ada stok

“Kanak-kanak yang datang ke klinik suhu badan mereka cecah 39 darjah, 40 dan influanza A+.

“Mungkin gelombang demam ini akibat raya baru-baru ini,” kata beliau dengan wajah yang sangat merungsingkan.

Dr Hannani berkata, jika sebelum ini melihat kanak-kanak yang terkena Covid-19 simptom mereka tidaklah seteruk influenza,

“Influenza teruk betul, bagi ubat demam tak turun-turun suhunya panas, kering dan sangat-sangat berisiko.

“Lebih meyedihkan di Malaysia stok ubat sangat genting, ubat cecair kebanyakkan tidak ada stok walaupun daripada supplier besar.

“Sangat-sangat merisaukan,” luahnya.

Beliau berharap sangat-sangat agar ibu bapa menjaga anak mereka dengan tidak membawa ke tempat orang ramai.

“Sama-sama kita jaga anak kita, kalau boleh tidak perlu ke tempat yang ramai orang.

“Kalau demam sikit-sikit terus bagi ubat demam. Pujuk anak makan dan minum air masak banyak-banyak.

“Buat sup… pujuk anak minum sup. Bagi buah-buahan.

“Jangan bagi ubat aneh-aneh yang bukan daripada doktor atau hospital.

“Saya risau… saya risau ya saya risau…,” katanya.

Influenza adalah sejenis jangkitan saluran pernafasan yang disebabkan oleh virus influenza. Terdapat dua jenis virus influenza yang sering menjangkiti manusia iaitu virus influenza A dan Influenza B.

Golongan yang berisiko untuk mendapat komplikasi serius terutama jangkitan dalam kalangan kanak-kanak berusia kurang lima tahun, warga emas berumur lebih 65 tahun, wanita hamil, individu kurang daya tahan imuniti, pesakit kronik dan obes.

Antara komplikasi jangkitan influenza ialah jangkitan paru-paru (disebabkan virus influenza sendiri atau bakteria), serangan jantung, jangkitan telinga dan sinus. Jangkitan paru-paru adalah serius dan boleh membawa kematian.

Baca juga: Minyak botol mahal, paket untuk domestik jadi Makcik Goreng Pisang nak guna minyak apa?

Baca juga: Hilang sudah hampir setahun, bekas personaliti TV3 era 90-an masih belum ditemui