Malaysia Dateline

“Ingat! Kawan komen sekadar beri semangat padahal di belakang sindir, gelak ketawa tengok kesusahan kita”

Ramai yang menjadikan laman sosial sebagai platform untuk meluahkan perasaan namun perlu berhati-hati kepada pasangan yang bercerita masalah mereka kerana kawan yang meninggalkan komen sekadar beri semangat tetapi hakikatnya berbeda.

Guru ini menitipkan pesanan buat pengguna media sosial yang terlalu banyak meluahkan kesempitan, kesusahan, kesedihan, masalah rumahtangga kerana ia tidak bagus.

Ada benar juga apa yang dikatakan guru ini di belakang, sebenarnya bercerita sesama kawan lain sambil menyindir dan gelak ketawa atas kesukaran kita dan sikap kita yang suka mengadu di muka buku.

“Benarlah orang kata kena luah untuk redakan tekanan. Kena dapatkan sokongan. Ada pula berkata sangat lega bila ramai kawan komen memberi kata semangat.

"Ingat! Kawan komen hanya beri semangat padahal di belakang sindir, gelak ketawa tengok kesusahan kita"

“Cuma perlu di ingat, terlebih bercerita boleh menimbulkan fitnah pada diri dan keluarga sendiri.

Yang komen beri kata semangat itu, ada segelintir mereka hanya komen mengambil hati” tulis Mohd Fadhli Salleh

“Jika benar mahu meluah, cari seorang yang benar-benar kau percaya sepenuh hati untuk luah segalanya.

Seorang sahabat yang kau percaya dengan nyawa kau sendiri.

"Ingat! Kawan komen hanya beri semangat padahal di belakang sindir, gelak ketawa tengok kesusahan kita"

“Bukan meluah secara terbuka disaksikan sejuta mata yang mana kebanyakan mereka tidak pernah ikhlas pun berkawan dengan kau.

“Ingat, kena pilih cerita. Kena tapis apa yang boleh dan apa yang tidak sepatutnya kita tulis.

“Terutama tentang masalah diri dan keluarga. Fitnahnya bukan hanya pada kita, bahkan pada pasangan, anak-anak, adik-beradik dan sanak saudara.

“Hati-hati dengan tulisan sendiri. Tanpa sedar ia mampu menyakiti,” pesan beliau.

Baca juga: “Jangan beli baju baru, jangan bawa pisang epal tak apa”-Bapa cerita bagaimana sekolah tidak mahu bebankan ibu bapa

Baca juga: “Sedangkan Nabi maafkan umat” – pensyarah jijik mohon pelajar tarik balik laporan polis