Ingatkan daging lembu, rupa-rupanya kain lap pinggan dalam makanan!

Oleh KIM SYAZIE

Meloyakan! Itu situasi dihadapi seorang lelaki di China apabila makanan yang dipesannya, mengandungi kain lap pinggan.

Menurut media China Hong Xing Xin Wen, lelaki bernama Ning itu membuat pesanan dua sup panas untuk dirinya dan juga lima rakan sekerjanya yang ketika itu sedang membuat kerja lebih masa (overtime).

Apabila pesanan makanan itu tiba, Ning mendapati kedua-dua sup di atas meja itu berbeza warna, iaitu kuahnya satu lebih gelap dan lagi satu lebih cerah.

Tanpa berfikir berpanjang, dia terus menikmati hidangan sup panas itu dan pada masa sama mengambil satu bahagian yang biasanya ada dalam sup, iaitu daging lembu.

Tetapi kali ini, saiz ‘daging lembu’ itu lain daripada biasa, sekali gus membuatkan lelaki itu mahu mengoyakkannya menjadi lebih kecil.

Alangkah terkejutnya, rupanya bukan daging lembu dalam makanan itu, tapi kain lap pinggan mangkuk!

Selepas penemuan memualkan tekak itu, dua rakan sekerja Ning serta-merta muntah!

Dia kemudian memanggil pihak restoran untuk mengadu mengenai kejadian itu dan mereka mengakui tidak sengaja menjatuhkan tuala ke dalam makanan.

Restoran itu menawarkan pampasan bernilai tiga kali ganda daripada bil asal, tetapi Ning menolak dan dia mahu kerajaan campur tangan dan menyiasat kejadian itu.

Menurut South China Morning Post, seorang pengurus restoran menyalahkan seorang pekerja junior berusia 19 tahun atas kecuaian itu dan dia dipecat.

Pekerja itu baru mula bekerja dan dia juga sedang demam ketika penyediaan hidangan itu.

Baca Juga: Kereta orang awam diconteng budak lelaki dengan ayat kesat, netizen syak warga Rohingya