Seorang pemuda mengakui menerima banyak komen yang menganggap wajahnya mirip pelakon dan penyanyi, Janna Nick.
Jejaka berotot, Muhammad Nur ‘Arif Abd Shukor berkata, tanggapan orang ramai di platform media sosial itu susulan perkongsian gambarnya dalam aktiviti di gimnasium.
Berusia 28 tahun, ‘Arif bagaimanapun tidak merasakan wajahnya mempunyai persamaan dengan penyanyi lagu Gatal itu.
“Ingatkan Janna Nick stres putus cinta terus buat badan.
“Kau dah kenapa Janna Nick, healing sampai macam tu? Eh, salah orang pula. Ingatkan dia tadi.
“Nasib bukan Janna Nick punya muka kena edit!” demikia antara komentar warganet.
Malah, ada yang berseloroh meramalkan bahawa ‘Arif ada jodoh dengan pemenang trofi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 pada 2021 itu.
“Orang tua-tua kata ada jodoh kalau ada persamaan muka,” usik netizen lagi.
Untuk rekod, Janna atau nama sebenarnya, Nurul Janna Muner, 27, sebelum ini hangat bercinta dengan dengan aktor berdarah kacukan Melayu-Switzerland, Dini Schatzmann.
Baca juga ‘Tudung RM10 dah cukup lindungi auratku’ – Ini bukti wujudnya jurang pendapatan langit dan bumi
Baca juga Tokong Buddha kosong, semua sami kena angkut sebab positif dadah
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio