Malaysia Dateline

Ini berita palsu, kata Umno terhadap kenyataan PN bentuk kerajaan bersama BN dan GPS

Pemimpin Umno menafikan dakwaan bahawa Barisan Nasional (BN) akan bekerjasama dengan Perikatan Nasional, GPS dan GRS bagi membentuk kerajaan.

Datuk Lokman Noor Adam dalam kenyataannya menyifatkan dakwaan Pengerusi Gabungan Parti sarawak (GPS) Abang Johari Openg bahawa BN bersetuju untuk bersama Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan persekutuan adalah berita palsu.

“Ini berita palsu. BN tak pernah putus untuk sertai PN,” kata Lokman Noor Adam melalui Facebook beliau.

Tangkap layar kenyataan Lokman Adam

Sementara itu seorang pegawai Pusat Media Pakatan Harapan berkata, “Pakatan Harapan telah menghantar nama calon perdana menteri sebentar tadi.

“Harap maklum,” tulis Zack Rockstar menerusi Twitter beliau jam 2.28 petang tadi ketika kecoh dakwaan Tan Sri Mahiaddin bahawa dia mempunyai jumlah sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan.

Keputusan penuh PRU-15

Dengan gabungan ketiga-tiga parti iaitu PN (73), BN (30) dan GPS (22) serta GRS (6), jumlah kerusi mereka adalah 131.

Jika BN tidak bersama, gabungan ini hanya membentuk 101 sahaja dan tidak melepasi jumlah majoriti untuk membentuk kerajaan.

Sedangkan jika PH bergabung dengan BN, jumlahnya adalah 112, melebihi 50 peratus kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.

Namun kenyataan Speaker Dewan Rakyat bahawa semua parti hendaklah menamakan Ahli Parlimen yang menyokong setiap calon, ia agak membingungkan.

Ini kerana adakah Akta Anti Lompat Parti tidak boleh menyekat mana-mana ahli Parlimen membuat pendirian sendiri menyokong pihak lain tanpa mengikut keputusan parti nmereka.

BACA JUGA PH akan bentuk kerajaan selepas capai kerjasama dan lepasi 112

JUGA Zuraida kena ‘lempang’ di Ampang

DAN JUGA Agong minta parti kemuka gabungan bentuk kerajaan