Malaysia Dateline

Ini ‘plot twist’ pensyarah didakwa hina B40: Rupanya pelajar memang ada laptop, ibu pun masih hidup

Sudah wujud ‘plot twist’ susulan tular video kononnya seorang pensyarah UiTM menghina B40 apabila pelajar itu memang ada laptop dan ibunya pula masih hidup.

Ini pendapat seorang ahli akademik yang menggunakan nama, Cikgu Syafiq berhubung isu yang heboh dikecam warganet:

Panas sehari dua ini cerita tentang seorang pensyarah yang menghina seorang pelajar B40 sewaktu kelas online kerana dikatakan pelajar tersebut tidak ada laptop.

Maka, warganet Malaysia dengan pantasnya membuat kerja-kerja mengutuk, menghina dan sebagainya. Saya seperti biasa, tidak berani nak ulas apa-apa sehingga ada kesahihan berita.

Lalu, hari ini pihak UiTM telah mengeluarkan maklumat kronologi sebenar kes.

Dan, paling menakjubkan berlakulah plot twist seperti kes-kes panas yang lain.

Sebab itulah wahai warganet Malaysia, jangan terlalu cepat tangan itu menaip yang bukan-bukan. Tunggulah kesahihan berita daripada pihak sepatutnya.

Saya tidak menyokong pensyarah tersebut kerana kata-kata kesatnya. Tetapi, di pihak pelajar juga saya sangat berhati-hati untuk mudah percaya.

Sebab apa?

Sebab saya juga mengajar di universiti. Saya dah jumpa pun dengan sesetengah pelajar yang memang suka menipu. Memang ada yang suka berdrama sampai orang percaya.

Lalu, apa pengajaran bagi rakyat Malaysia apabila kisah sebenar rupa-rupanya pelajar tersebut tipu pensyarahnya?

Menipu juga dengan mengatakan bahawa ibu telah tiada sedangkan ibunya masih hidup.

Dia juga menipu kononnya dia tidak ada laptop sedangkan dia memang ada laptop.

Inilah malapetaka pada hari ini. Kerana content yang sedih di laman sosial, akhirnya ramai yang terperdaya dan tertipu dengan video pendek tersebut.

Ambil tindakan kepada pelajar yang memuat naik video tersebut di laman sosial dengan cerita yang tidak benar.

Semoga kita mengambil iktibar dan pengajaran atas kisah ini.

Baca juga: https://malaysiadateline.com/dimaki-pensyarah-tak-boleh-duduk-dengan-orang-b40-ini-pengalaman-bekas-pelajar-yang-tersakiti/