Isu pendidikan lagi, kali ini soal kemudahan di sekolah yang sudah daif ekoran kipas siling jatuh atas murid

Oleh NASUHA RAHMAN

Nampaknya isu berkaitan pendidikan masih lagi belum reda kali ini insiden kipas jatuh menimpa murid sekolah hingga patah jari dan 3 lagi murid cedera dipersoal kerana kemudahan sekolah yang daif.

Ramai yang mempersoalkan kenapa kipas siling terbabit boleh jatuh menimpa pelajar di dalam kelas.

Jawapannya kerana kipas itu terlaku uzur,, kemudahan yang daif.

Cikgu Fadli Salleh bersuara lagi selepas berjuang untuk silibus murid-murid yang tidak sesuai menyifatkan sektor pendidikan sepatutnya wajar adil untuk semua.

Malangnya kata beliau ada banyak sekolah daif tetapi hanya sekolah-sekolah terpilih sahaja prasarana dan kemudahan mereka ‘tiptop’.

“Sekolah Amanah, SBT, Sekolah Kluster Kecemerlangan dan sebagainya tiptop dan bagus, sekolah-sekolah lain terpinggir. Adilkan begitu?” soal beliau.

Beliau berkata, usaha untuk mengejar kemajuan itu sangat bagus, namun pastikan prasarana dan fasiliti sekolah mampu mendokong segala perubahan itu.

“Ni kipas zaman 80an masih diguna di sekolah, sedangkan guru kena ajak PAK 21, TS25, Pendidikan Digital dan sebagainya. Macamana tu?

“Tolonglah pastikan prasarana dan fasiliti kita mampu support segala perubahan dan kemajuan yang kita perkenalkan.

“Tak boleh nak lajukan kereta cuma tukar enjin sahaja sedangkan tayar botak, suspension teruk, handling out, brek tak makan.

“Mana maunya kereta tu berdesup pergi. Last-last masuk gaung. Begitulah,” kata beliau mengulas kejadian kipas siling jatuh di dalam kelas ketika murid sedang belajar.

Baca juga: Kipas siling uzur, berkarat jatuh timpa murid, patah jari-Bapa terkilan sekolah lengahkan rawatan anaknya

Baca juga: Penat hadap banjir, warga emas habiskan RM47,000 untuk bina rumah terapung