Malaysia Dateline

Jabatan Penjara maklum Najib akan dihantar semula ke Penjara Kajang selepas dapat rawatan di Pusat Rehabilitasi Cheras

Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah merujuk Datuk Seri Najib Tun Razak ke Pusat Rehabilitasi Cheras (HRC) untuk rawatan dan pemantauan lanjut sehingga kini.

Bagaimanapun Najib akan dihantar semula ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara sebaik pihak pakar perubatan HKL atau HRC memberikan pelepasan perubatan kepada beliau.

Dalam kenyataan media Jabatan Penjara Malaysia, beliau dirujuk ke hospital berkenaan sejak 19 September lalu.

Pada 12 September 2022 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan supaya Najib Tun Razak dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan setelah dimaklumkan keadaan kesihatan beliau tidak memuaskan.

Ia selaras dengan seksyen 37 Akta Penjara dan peruntukan di bawah Akta tersebut serta United Nastions Standard Minimum Rules for the Treatment of Prisoners (Mandela Rules) pihak Jabatan Penjara telah menghnatar Najib ke HKL untuk rawatan pakar perubatan d sana.

Jabatan Penjara sahkan Najib akan dihantar semula ke Penjara Kajang selepas dapat rawatan di Pusat Rehabilitasi Cheras

Menurut kenyataan Jabatan Penjara sebagai pihak berkuasa yang melaksanakan tanggungjawab di bawah Akta Penjara pihak Jabatan Penjara selain melaksanakan hukumna yang telah dijatuhkan juga bertanggungjawab memastikan tahap kesihatan kemudahan rawatan dan ubat-ubatan sebagaimana yang disyorkan oleh pegawai perubatan kerajaan.

Baca juga: Bagaimana pelajar Malaysia di luar negara boleh ‘survive’? Ada 6 jenis kerja ‘part time’ gaji kerja kilang paling lumayan

Baca juga: 250,000 hadir beri penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth